Ribuan penyokong juara liga Manchester United meraikan kemenangan pasukan mereka dengan mengadakan perarakan di sekitar bandaraya Manchester.

Ia juga merupakan perarakan terakhir pengurus Sir Alex Ferguson bersama pasukan itu.

Perarakan pasukan itu juga dimeriahkan dengan kehadiran penyokong the Red Devils.

Ferguson dalam ucapannya turut menghargai jasa semua pemain yang telah beraksi dengan baik sepanjang musim ini.

Sebelum ini, Ferguson mengumumkan persaraan beliau selepas 26 tahun bersama United.

Beliau akan digantikan pengurus Everton David Moyes musim depan.

Namun pengendali berusia 71 tahun itu akan kekal di Old Trafford selaku pengarah di kelab tersebut.