awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor, Tengku Permaisuri sampaikan ucapan Krismas
Kerajaan MADANI komited rapatkan jurang pembangunan Sabah, Sarawak
Banjir landa selatan Perancis susulan hujan lebat berterusan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Manchester United sedia berbelanja lagi

Astro Arena
Astro Arena
26/08/2023
10:16 MYT
Manchester United sedia berbelanja lagi
Erik ten Hag perlu menggunakan penghujung tempoh perpindahan ini untuk memperkemaskan barisan The Red Devils. - StadiumAstro
MANCHESTER UNITED difahamkan dalam fasa akhir untuk memuktamadkan membeli pemain tengah selain memancing penjaga gol Fenerbahce, Altay Bayindir.
Erik ten Hag perlu menggunakan penghujung tempoh perpindahan ini untuk memperkemaskan barisan The Red Devils yang kecundang 0-2 di laman Tottenham awal minggu ini, sekali gus mengundang kritikan hebat terhadap keperluan mengukuhkan beberapa posisi, lebih-lebih lagi di bahagian pertahanan kiri berikutan kecederaan dideritai Luke Shaw dan Tyrell Malacia, manakala Brandon Williams dilepaskan secara pinjaman.
Ten Hag sebelum ini menyangkal bahawa United sedang mempertimbangkan sosok penggempur sekalipun menyifatkan kekalahan di Spurs itu tidak boleh diterima.
"Boleh jadi, kerana saya fikir kita sentiasa perlu menjangka situasi (sukar seperti ini)," katanya dalam pra-perlawanan bertemu Nottingham Forest, malam ini.
"Jika ada peluang yang baik, ya, tetapi ia harusnya merupakan pemain yang tepat kerana jika tidak, kami hanya perlu berurusan dengan skuad semasa."
Ten Hag juga mempertahankan prestasi ketua pasukannya, Bruno Fernandes, yang kurang bermaya dengan menjelaskan keperluan mencari pendekatan tepat di antara transisi tengah dan serangan.
"Musim lalu juga dia diberi tugas mengetuai pasukan, dia sudah membuktikan kemampuannya, begitu juga sekarang.
"Dia merupakan inspirasi pasukan, menjadi contoh buat pasukan dan mempunyai personaliti tersendiri.
"Dia seorang kapten yang cukup bagus," katanya lagi.
- StadiumAstro
Topic Berkaitan
#Manchester United
#beli pemain tengah
#the Red Devils
#Erik ten Hag
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan