awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Banjir: Sumatera Barat tamatkan status darurat, fokus fasa pemulihan pasca bencana
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Manchester United tak untung besar jersi Cristiano Ronaldo laris

Astro Arena
Astro Arena
06/09/2021
05:25 MYT
Manchester United tak untung besar jersi Cristiano Ronaldo laris
12 jam selepas dilancarkan semalam, jersi replika nombor tujuh Ronaldo terjual sebanyak 406,250 helai. - Foto Astro ARENA
JUALAN jersi Cristiano Ronaldo mungkin melepasi angka setengah juta pembeli tetapi secara dasarnya, Manchester United hanya mencatat keuntungan rendah.
Kepulangan bintang Portugal itu disambut penuh meriah oleh peminat kelab yang berpangkalan di Old Trafford berkenaan, apatah lagi dia bakal menyarung jersi nombor tujuh yang dianggap keramat, secara tidak langsung menghangatkan lagi penjualan jersi pemilik lima Ballon d'Or tersebut.
12 jam selepas dilancarkan semalam, jersi replikanya terjual sebanyak 406,250 helai bagi mengatasi penjualan jersi milik bintang baru Manchester City, Jack Grealish.
Bahkan, pengeluar mengaku berdepan kesulitan untuk memenuhi permintaan tinggi ketika ini.
Lantas, keuntungan itu sahaja dianggap mampu menampung yuran perpindahan dan gaji tingginya apabila menjana pendapatan £32.5j (RM186.6j) buat kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) berkenaan.
BACA: Ronaldo kembali sarung jersi nombor 7 di United
Begitupun, perjanjian dengan jenama Adidas bernilai £750 juta (RM4.3 bilion) yang dimeterai pada 2014 menyaksikan mereka hanya menikmati 10 peratus daripada keuntungan itu.
Manchester United dilaporkan akan menikmati £5 (RM28.7) sehelai dengan keuntungan bersih mencecah £2j (RM11.4j) di sebalik seragam yang berharga di antara £80 (RM459.4) hingga £110 (RM631.6) itu.
Apapun, nama gah Ronaldo tetap meningkatkan nilai dan menjana keuntungan kelab menerusi beberapa kerjasama dengan pelbagai jenama dan penajaan lain selepas ini.
Hot off the press #MUFC | @Cristiano
— Manchester United (@ManUtd) September 5, 2021
Topic Berkaitan
#Cristiano Ronaldo
#jersi nombor tujuh
#Manchester United
#yuran perpindahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan