awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
Bekas Presiden PPP S.I. Rajah meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio

Bernama
Bernama
19/02/2025
07:02 MYT
Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Pemain JDT Arif Aiman meraikan jaringan dengan rakan-rakan ketika menentang Pohang Steelers FC pada perlawanan ACLE di Stadium Sultan Ibrahim malam tadi. - Foto Bernama
ISKANDAR PUTERI: Ketua Jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT) Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) selepas menewaskan Pohang Steelers FC 5-2 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) di sini malam tadi.
Pengendali kelahiran Argentina itu berkata walaupun berdepan kesukaran pada awal permainan, para pemain berjaya bangkit dan mempamerkan persembahan cemerlang sepanjang perlawanan untuk melakar kemenangan.
"Bagi saya, semua pemain bermain dengan sangat baik untuk memastikan kemenangan ini dan membolehkan kami mara ke pusingan seterusnya. Walaupun pihak lawan berjaya menjaringkan gol lebih awal pada separuh masa pertama, pemain kami berjaya menyamakan kedudukan dan kemudiannya menambah jaringan untuk memastikan kemenangan menjadi milik kami.
"Terima kasih kepada semua penyokong yang memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada pasukan ini supaya kami dapat melangkah lebih jauh," katanya semasa sidang media di sini.
Sementara itu, pemain terbaik perlawanan Oscar Arribas meluahkan rasa terima kasihnya, selain terharu dengan kehadiran 35,590 penyokong di SSI, yang memberikan sokongan padu kepada pasukan.
Beliau berkata sokongan luar biasa itu membantu meningkatkan semangat pasukan, sekali gus mendorong mereka untuk memberikan persembahan yang terbaik.
"Jumlah penonton kali ini sangat menakjubkan. Terima kasih kerana menyokong kami. Kami akan terus memberikan yang terbaik untuk mencapai kejayaan lebih besar pada masa hadapan," katanya.
Pada perlawanan itu, JDT menang 5-2 ke atas Pohang Steelers hasil jaringan Oscar Arribas pada minit ke-37, Bergson Da Silva (ke-52), Arif Aiman Hanapi (ke-56), Jese Rodriguez (90+7) dan Jorge Obregon (90+15, penalti), manakala pasukan pelawat meledak gol menerusi Lee Ho-Jae (ke-27) dan Kang Hyeon Je (ke-80).
Sementara itu, Ketua Jurulatih Pohang Steelers Park Tae-Ha mengakui skuad kendaliannya melakukan terlalu banyak kesilapan sepanjang perlawanan, yang menjadi punca utama kekalahan mereka.
Beliau berkata para pemain memberikan persembahan yang baik dalam perlawanan itu tetapi terpaksa akur dengan taktikal yang ditampilkan skuad Harimau Selatan.
Pada pusingan kalah mati yang dijadualkan Mac depan, JDT akan menentang satu lagi kelab Korea Selatan Gwangju FC, manakala Pohang Steelers tersingkir daripada saingan selepas menduduki tempat kesembilan pada aksi peringkat kumpulan Zon Timur.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JDT
#Pohang Steelers
#Liga Juara-Juara Asia Elit
#Hector Bidoglio
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan