Masalah gaji menjadi halangan besar mendapatkan bekas jurulatih pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT), Mario Gomez selaku pengendali skuad Harimau Malaya.
Berikutan itu, Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata kedudukan pengendali dari Argentina tersebut sebagai jurulatih skuad negara masih belum muktamad.
"Mario minta gaji yang lebih tinggi daripada apa yang diperoleh semasa mengendalikan JDT...bagi saya, ini adalah skuad kebangsaan dan itu mungkin tidak dapat dipenuhi.
"Ini bukan kelab JDT. Saya tawar seberapa banyak dan dia (Gomez) kata hendak fikir dahulu sebab hendak lebih duit. Kemungkinan kita (FAM) tidak akan ambil dia, sebab kita pun tak ada duit," kata Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor.
Beliau berkata demikian dalam sesi pertemuan bersama lebih 40 pengamal media terdiri daripada ketua pengarang dan pengarang sukan media tempatan di Bangunan Sultan Ibrahim, di sini hari ini.
Menurut Tunku Ismail yang baru menjawat jawatan itu pada 25 Mac lepas, Gomez belum membuat keputusan sama ada menerima atau tidak tugas sebagai jurulatih kebangsaan.
Sebagai rekod, jurulatih dari Argentina itu meninggalkan pasukan JDT dua hari sebelum perlawanan sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah menentang Kedah pada Januari lepas.
Tunku Ismail pada sidang media selepas dilantik sebagai Presiden FAM pada Kongres FAM ke-53, mengumumkan Gomez sebagai jurulatih skuad kebangsaan manakala Datuk Ong Kim Swee pula akan mengendalikan skuad bawah 23 tahun negara.
Selepas pengumuman itu, Gomez secara langsung menyatakan hasrat melantik jurulatih pasukan Kedah, Tan Cheng Hoe sebagai penolong jurulatih.
Selain Cheng Hoe, Gomez juga memilih Raul Longhi iaitu penolong jurulatih JDT, jurulatih penjaga gol, Azmin Azram Abdul Aziz, jurulatih kecergasan dari luar negara dan koordinator pasukan daripada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC). - BERNAMA
Bernama
Tue Apr 04 2017
Ketua Jurulatih JDT Mario Gomez mewarnakan rambut dengan pewarna biru sebagai meraikan kejayaan pasukan JDT menjulang Piala Liga Super 2016 selepas perlawanan menentang T.Team di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin baru-baru ini. - Foto BERNAMA
Mesyuarat Khas WEF: PM Anwar jumpa 50 pemimpin industri, perniagaan global
PM yakin lebih banyak pelabur bernilai tinggi akan pilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan.
Dipaksa bersalin normal, kepala bayi songsang terputus
Bahagian kemaluannya juga terkoyak teruk dan dijahit sebarangan oleh staf Rumah Sakit Banjarmasin.
AWANI Ringkas: Tangani isu ketidaksamaan & marginalisasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Pagi: Twincity Marathon rai golongan kelainan upaya (OKU)
Perbezaan fizikal tidak melunturkan semangat golongan kelainan upaya (OKU) untuk menyertai acara larian Twincity Marathon anjuran Ten Senses di Cyberjaya pada Ahad.
Menurut Ketua Penasihat Ten Senses Sdn Bhd, Datuk Najib Ibrahim, komuniti itu juga merupakan sebahagian dari masyarakat dan semangat mereka boleh dijadikan teladan kepada masyarakat.
Menurut Ketua Penasihat Ten Senses Sdn Bhd, Datuk Najib Ibrahim, komuniti itu juga merupakan sebahagian dari masyarakat dan semangat mereka boleh dijadikan teladan kepada masyarakat.
Kanak-kanak Malaysia tidak cukup belajar di sekolah - Laporan Bank Dunia
Hanya 58 peratus pelajar di Malaysia didapati mahir membaca menjelang akhir Darjah 5.
Protes di universiti AS tidak tunjuk tanda perlahan
Dalam dua minggu lalu, protes pro-Palestin telah merebak ke kampus kolej utama di seluruh AS.
37 juta tan serpihan runtuhan di Gaza - UNMAS
Terdapat juga sejumlah besar senjata api yang tidak meletup tertimbus di dalam runtuhan yang menimbulkan risiko kepada kerja pembersihan.
Legenda EPL puji padang SNBJ
Pemain Manchester Reds dan Liverpool Reds memuji keadaan rumput yang cantik dan bersedia untuk kembali beraksi pada masa akan datang.
Mesyuarat Khas WEF: Dunia saling tidak percaya akibat kebergantungan dipersenjatakan - Naib Presiden Suruhanjaya Eropah
Fenomena hilang kepercayaan yang melanda komuniti antarabangsa ketika ini adalah akibat kebergantungan yang dipersenjatakan oleh beberapa pihak.
Che'gu Bard tiba di mahkamah bagi hadapi pertuduhan kes fitnah, hasut
Badrul Hisham, yang memakai baju Melayu berwarna hijau, dibawa oleh pihak polis ke mahkamah dalam keadaan bergari.
Brendan tak gentar perang psikologi Krygyzstan
Brendan Gan tidak gentar untuk berdepan Kyrgyzstan pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis ini.
Makmal forensik hidupan liar kebangsaan jadi pusat kecemerlangan lindungi harimau Malaya
MyTFF juga bersetuju untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewujudkan Pangkalan Operasi Hadapan di Tapak Kem Zabri, Daerah Hulu Perak.
Tiada keperluan pindahkan Orang Asli terkesan ancaman harimau - Mohd Amar
Tiada keperluan setakat ini untuk memindahkan Orang Asli di Gua Musang yang terkesan dengan ancaman harimau belang sejak Disember lepas.
Kerajaan cadang pasang kolar penjejak pada Harimau Malaya
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bercadang untuk memasang kolar penjejak pada kira-kira 150 ekor Harimau Malaya di seluruh negara untuk memudahkan urusan menjejaki haiwan mamalia itu.
Perhilitan laksana program pembiakan Harimau Malaya elak pupus
Perhilitan akan melaksanakan program pembiakan Harimau Malaya pada tahun ini, dalam usaha meningkatkan populasi spesies terancam itu.
Kajian pemikir muda demi alam, antaranya elak kepupusan ungka, harimau Malaya
Kajian mereka diramal mampu membantu Malaysia dan kerana itu, mereka terpilih sebagai penerima Geran Anugerah Merdeka untuk tahun 2021.
'Ngauman' penyanyi Malaysia untuk harimau Malaya
Konsert yang bakal diadakan pada 30 Ogos ini menandakan kemuncak kempen selama sebulan bertema 'Save the Malayan Tiger'.
Gosok gigi harimau? Ini jawapan penjaga harimau Malaya Zoo Negara
Namun, di sebalik personaliti ganas yang digeruni ramai, gelagat comel harimau Malaya mampu 'mencairkan hati' ramai pencinta haiwan.
Zoo Negara ambil langkah pastikan haiwannya tidak dijangkiti COVID-19
Zoo Negara mengambil langkah-langkah proaktif bagi memastikan lebih 300 spesies haiwan di lokasi itu tidak dijangkiti wabak COVID-19.
Harimau Malaya di New York positif COVID-19
Menurut ketua veterinari Zoo Bronx, Paul Calle, kes Nadia adalah unik kerana ia jatuh sakit selepas terdedah kepada seorang kakitangan yang positif, namun tidak menunjukkan simptom.