awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masters China: Tang Jie-Ee Wei ke suku akhir, Soon Huat-Shevon tersingkir

Bernama
Bernama
18/09/2025
05:40 MYT
Masters China: Tang Jie-Ee Wei ke suku akhir, Soon Huat-Shevon tersingkir
Mereka bakal bertemu sama ada pilihan kelima dari Hong Kong Tang Chun Man-Tse Ying Suet atau pasangan Denmark Jesper Toft-Amalie Magelund pada perlawanan suku akhir. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Beregu campuran negara yang juga juara dunia baharu Chen Tang Jie-Toh Ee Wei terpaksa berhempas pulas dalam aksi tiga set sebelum melangkah ke suku akhir Masters China 2025.
Pilihan ketiga kejohanan itu menewaskan pasangan Indonesia Jafar Hidayatullah-Felisha Alberta Nathaniel, 21-13, 13-21, 21-16 dalam pertarungan mendebarkan selama 73 minit pada aksi yang berlangsung di Shenzhen Arena sebelum berjaya menempah slot lapan terbaik.
Mereka bakal bertemu sama ada pilihan kelima dari Hong Kong Tang Chun Man-Tse Ying Suet atau pasangan Denmark Jesper Toft-Amalie Magelund pada perlawanan suku akhir.
Sementara itu, perjuangan pasangan profesional negara yang juga pilihan kelapan Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie terhenti selepas dikejutkan oleh beregu bukan pilihan dari Taiwan Ye Hong Wei-Nicole Gonzales Chan 6-21, 21-16, 12-21 dalam saingan Super 750 itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Masters China
#Tang Jie-
#Ee Wie
#beregu campuran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan