KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan profesional lelaki negara, Lee Zii Jia meneruskan rentak positif dalam Masters Indonesia 2024 apabila mara ke suku akhir dengan menumpaskan wakil Hong Kong, Ng Ka Long di Istora Senayan, Jakarta, hari ini.
Zii Jia, pemain ke-10 dunia itu mencatatkan keputusan 22-20 dan 21-15 pada pertarungan pusingan kedua yang berlangsung selama 46 minit.
Kemenangan ke atas pemain Hong Kong itu merupakan kali ketiga buat Zii Jia selepas pernah menewaskan Ka Long di Terbuka Jerman 2019 dan Sukan Asia 2022.
Bekas juara All England itu akan berdepan dengan Brian Yang dalam perebutan tiket ke separuh akhir apabila pemain Kanada itu menewaskan wakil India, Priyanshu Rajawat 21-18, 21-14.
Turut mengiringi Zii Jia ialah beregu campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing yang menewaskan rakan senegara Chan Peng Soon-Cheah Yee See, 21-12 dan 21-16.
Pemenang pingat emas Terbuka Korea 2022 itu seterusnya akan bertemu pilihan pertama kejohanan Zheng Si Wei- Huang Ya Qiong dari China selepas menewaskan Terry Hee Yong- Jessica Tan Wei dari Singapura, 21-12, 16-21, 21-19, dalam satu lagi perlawanan pusingan kedua.
Mengikut rekod pertemuan sebelum ini, Kian Meng- Pei Jing ditewaskan sebanyak lapan kali oleh pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu.
Sementara itu, nasib berbeza menimpa pemain perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao yang ditewaskan pilihan ketiga kejohanan Anthony Sinisuka Ginting dari Indonesia, 15-21 dan 17-21.
Beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie pula ditunjukkan jalan keluar oleh pasangan Korea Selatan, Kim Won Ho-Jeong Na Eun 10-21 dan 16-21.
Satu lagi beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei ditumpaskan pasangan Indonesia Rehan Naufal Kusharjanto-Lisa Ayu Kusumawati, 21-12, 13-21 dan 14-21.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 25 2024
Zii Jia, pemain ke-10 dunia itu mencatatkan keputusan 22-20 dan 21-15 pada pertarungan pusingan kedua yang berlangsung selama 46 minit. -Gambar fail/Facebook BAM
[TERKINI] Himpunan Keadilan: Dari Reformasi ke Malaysia Madani
Ikuti kupasan lanjut serta perbincangan pasca Himpunan Keadilan bersama Dzulfitri Yusof serta Mujibu Abd Muis, Felo IPDM UUM dan DR Julfitri Johar, Felo Utama REFORM.
[TERKINI] Himpunan Keadilan: Suara Rakyat, Suara Keramat
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke Himpunan Keadilan: Suara Rakyat, Suara Keramat di Axiata Arena.
Tumpuan Sabtu – 21 September 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 20 September 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pelaburan digital RM185.3 bilion diluluskan untuk tempoh 2021-Jun 2024 - PM Anwar
Pelaburan digital berjumlah RM185.3 bilion telah diluluskan daripada 2021 hingga Jun 2024 termasuk projek daripada syarikat terkemuka seperti NVIDIA dan Amazon Web Services (AWS).
10 Berita Pilihan - (20 September 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MAHB catat 12 juta penumpang pada Ogos 2024
Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) merekodkan sebanyak 12 juta penumpang melibatkan rangkaian lapangan terbangnya pada Ogos 2024.
UNICEF gesa gencatan senjata segera di Gaza lindungi kanak-kanak
Timbalan Pengarah Eksekutif UNICEF Ted Chaiban hari ini menggesa gencatan senjata segera di Gaza untuk menamatkan pembunuhan dan kecederaan terhadap kanak-kanak.
Kampung Angkat MADANI: 12 projek pembangunan di Kelantan dijangka siap hujung tahun ini
Sebanyak 12 projek pembangunan yang dilaksanakan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) untuk program Kampung Angkat MADANI di Kampung Aril, di sini, dijangka siap hujung tahun ini.
Zii Jia tersingkir awal di Terbuka China
BAGAI serba tidak kena buat pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia apabila tersingkir seawal pusingan pertama Terbuka China.
Lee Zii Jia kini pemain nombor tiga dunia
Ia menyaksikan pemain berusia 26 tahun itu naik satu anak tangga berbanding di kedudukan keempat dalam kemas kini terdahulu.
Zii Jia kini nombor empat dunia
Pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia memanjat dua anak tangga untuk berada di kedudukan keempat ranking BWF.
Terbuka Jepun: Singkir Zii Jia dan Shi Yuqi sebelum ke final, Alex Lanier kini bergelar juara
Pemain perseorangan Perancis, Alex Lanier mencipta kejutan dalam dunia badminton apabila muncul juara Terbuka Jepun.
Terbuka Jepun: Zii Jia tewas di pusingan pertama
Zii Jia gagal mengulangi prestasi baik beliau dan tewas kepada pemain ke-29 dunia, 18-21, 13-21 dalam masa 41 minit pada kejohanan Super 750 di Arena Yokohama.
'Boleh jadi model kalau bersara main badminton'
Zii Jia tampil di atas pentas dengan menggayakan jaket berwarna biru, kemeja-T putih serta berseluar pendek.
Raih gangsa Sukan Olimpik, Zii Jia zahir ucapan terima kasih
Usai kemenangan dan raih pingat gangsa di Olimpik Paris 2024, Lee Zii Jia tampil dengan ucapan keramat dan penghargaan terima kasih.
Olimpik Paris 2024: Idea Nabil guna ‘kabel’ dekati Lee Zii Jia berhasil
Idea pengacara Nabil Ahmad menggunakan nenek Lee Zii Jia sebagai 'kabel' bagi menarik perhatiannya membuahkan hasil.
Mental Zii Jia semakin kuat - Tat Meng
Wong Tat Meng menyifatkan ketahanan mental anak buahnya, Lee Zii Jia semakin hebat berbanding sebelum ini.
Skuad badminton perlu mulakan misi emas LA28 sekarang - Rexy
Skuad badminton negara yang hadir ke Sukan Olimpik Paris 2024 dengan impian untuk meraih emas sulung negara bagaimanapun terpaksa berpuas hati dengan dua pingat gangsa.