KUALA LUMPUR: Pemain profesional negara Soong Joo Ven berjaya melangkah ke suku akhir kejohanan Masters Korea, selepas mengejutkan wakil tuan rumah Heo Kwang Hee di Stadium Gwangju Yeonju, Gwangju hari ini.
Joo Ven, yang menghuni ranking ke-68 dunia, berjaya mencipta kemenangan straight set 21-11, 21-19 ke atas pemain nombor 30 dunia Kwang Hee dalam perlawanan pusingan kedua perseorangan lelaki yang mengambil masa 40 minit.
Pemain berusia 26 tahun itu, dijadualkan berdepan Misha Zilberman dari Israel pada pusingan suku akhir esok.
Sementara itu, beregu campuran Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie turut mara ke suku akhir selepas mudah menewaskan pasangan dari Israel Misha-Svetlana Zilberman 21-5, 21-8.
Soon Huat-Shevon akan membuat perhitungan dengan Terry Hee Yong Kai-Tan Wei Han dari Singapura, yang menewaskan wakil tuan rumah Kim Young Hyuk-Kim Hye Jeong 22-20, 23-21.
SUKAN-BADMINTON (MASTERS KOREA) 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR
Namun, nasib tidak menyebelahi pilihan kelapan kejohanan Chan Peng Soon-Toh Ee Wei, selepas kalah 18-21, 14-21 kepada Zheng Si Wei-Zhang Shu Xian dari China dalam satu lagi aksi beregu campuran.
Turut terkandas ialah bekas juara dunia remaja Goh Jin Wei, yang tersingkir di pusingan kedua selepas tewas 22-20, 7-21, 12-21 kepada pemain nombor 17 dunia Wang Zhi Yi dari China bagi kategori perseorangan wanita.
Lain-lain keputusan:
--------------------------
(Nota: pemain Malaysia melainkan dinyatakan)
Beregu lelaki
-------------------
Hiroki Okamura-Masayuki Onodera (JPN) mn Goh V Shem-Low Juan Shen 16-21, 21-14, 24-22
Choi Solgyu-Kim Wonho (KOR) mn Tan Kian Meng-Tan Wee Kiong 21-17, 9-21, 21-13
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 14 2022
Joo Ven dijadualkan berdepan Misha Zilberman dari Israel pada pusingan suku akhir esok. - Gambar fail/ Bernama
Penolong pegawai perubatan didenda RM3,000 terima rasuah urus jenazah
Seorang penolong pegawai perubatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh didenda RM3,000 kerana menerima rasuah berkaitan kerja pengurusan jenazah.
KBS laksana kajian impak penganjuran Sukan SEA 2027
Mesyuarat mengenai perkara itu masih berjalan dengan penglibatan pelbagai pihak bagi mengenal pasti kelebihan dan kekurangan.
19 individu ditahan dipercayai terbabit sindiket pelaburan palsu
Mereka terdiri daripada lapan lelaki dan tujuh wanita tempatan serta empat lelaki warga asing berusia antara 16 hingga 38 tahun.
[TERKINI] Selamatkan Gaza: Dialog dua Perdana Menteri di Mesyuarat Khas WEF Arab Saudi
Tiga PM iaitu PM Palestin, Jordan dan Mesir serta wakil PBB di Gaza duduk sepentas berdialog secara langsung mencari formula menyelamatkan Gaza yang menjadi pusat graviti kepada kestabilan rantau Asia Barat.
OCC: Masih banyak usaha perlu dibuat dalam isu hak kanak-kanak - Azalina
Malaysia masih ketinggalan berbanding negara lain dalam menangani isu penderaan dan masalah sosial melibatkan kanak-kanak.
Piala Asia B-23: Indonesia tekad roboh benteng kebal Uzbekistan
Bintang skuad Garuda Muda, Witan Sulaeman, teruja dengan peluang untuk melakar lebih banyak sejarah ketika membuat persiapan menghadapi aksi separuh akhir PIala Asia B-23 malam ini.
Airbus RACER helikopter terpantas dunia?
Ketika masih dikenali sebagai pesawat eksperimen X3, ia memegang rekod sebagai helikopter terpantas dengan kelajuan mencecah 472 km/j.
AWANI Ringkas: Letupan bom di Thailand | Hadapi dua pertuduhan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mesyuarat Khas WEF: Tekanan politik dalaman punca Israel ‘menggila’ - PM Jordan, Mesir
Kedua-dua perdana menteri negara Asia Barat itu setuju serangan ketenteraan di Rafah hanya akan memburukkan keadaan yang sudah sedia meruncing.
Tingkat kawalan di sempadan tangani kemasukan kambing, lembu murah menjelang Aidiladha
KPKM meminta jabatan dan agensi kerajaan berkaitan kawalan sempadan memperhebat penguatkuasaan serta kawalan di pintu masuk negara bagi menangani kemasukan kambing dan lembu murah menjelang Aidiladha.
Joo Ven terima ugutan, komen negatif di media sosial
Joo Ven mengaku takut untuk menggunakan akaun Instagram kerana bukan dirinya sahaja dikecam, malah turut melibatkan ahli keluarganya.
Badminton Masters Korea: Joo Ven, Soon Huat-Shevon mara ke separuh akhir
Joo Ven melangkah ke peringkat empat terbaik acara perseorangan lelaki setelah mencatat kemenangan 23-21, 21-18 ke atas lawan dari Israel.
Masters Korea: Joo Ven, Soon Huat-Shevon mara ke suku akhir
Pemain profesional negara Soong Joo Ven berjaya melangkah ke suku akhir kejohanan Masters Korea, selepas mengejutkan wakil tuan rumah Heo Kwang Hee di Stadium Gwangju Yeonju, Gwangju hari ini.
Terbuka Scotland: Tze Yong sahkan kejuaraan
Pemain itu mengesahkan gelaran ketiganya pada tahun ini dengan kesemuanya dikecapi di Eropah menerusi keputusan 21-18, 21-14.
Low Juan Shen terima tawaran bergandingan bersama V Shem
Juan Shen berkongsi soal perbincangan hati ke hati bersama gandingan asal Azyrin Ayub apabila memilih haluan baru.
June Wei kekal rekod tanpa kalah
Pemain pelapis perseorangan lelaki negara, Cheam June Wei mengekalkan rekod tanpa kalah dalam empat perlawanan pada saingan Divisyen 1 Kejohanan Jemputan BAM 2020 di ABM di Bukit Kiara.
Kejohanan Jemputan BAM: Zii Jia, Joo Ven senasib dilanda kecederaan
Zii Jia difahamkan mula mengalami kecederaan belakang ketika menerima tentangan sengit daripada Joo Ven dalam aksi pertamanya di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, pada Khamis.
Joo Ven raih kejuaraan sulung badminton Siri Antarabangsa Malaysia
Pemain perseorangan lelaki negara, Soong Joo Ven meraih gelaran sulung Kejohanan Siri Antarabangsa Malaysia 2019.
Kehadiran Misbun cipta debaran
Skuad perseorangan lelaki badminton negara tampak bersemangat menantikan kehadiran Datuk Misbun Sidek apabila ketua jurulatih kebangsaan berusia 57 tahun itu bakal memulakan tugasnya pada 1 Julai ini.
BAM tubuh projek khas bantu Chong Wei raih gelaran dunia
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hari ini menubuhkan satu projek khas bagi membantu jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei menjuarai Kejohanan Dunia di Glasgow, Scotland, Ogos ini.