awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mat Yo kongsi ilmu, terokai bidang kejurulatihan

Sinar Harian
Sinar Harian
17/04/2024
00:30 MYT
Mat Yo kongsi ilmu, terokai bidang kejurulatihan
Kuala Lumpur City Extension berkata, Norshahrul (kiri) telah meninggalkan impak yang tidak dapat dilupakan dalam sejarah bola sepak negara, terutamanya semasa kejayaan Harimau Malaya merangkul Piala AFF Suzuki 2010. - Foto Sinar Harian
BEKAS pemain bola sepak negara, Norshahrul Idlan Talaha akhirnya memilih karier kejurulatihan sebagai cabang baharu berkongsi pengalaman sepanjang menyarung jersi Harimau Malaya.
Sebagai permulaan, bekas bintang Kelantan dan Johor Darul Ta'zim (JDT) itu dilantik sebagai penolong pengendali skuad Bawah 23 (B-23) Kuala Lumpur City Extension bagi saingan 2024/25.
Kuala Lumpur City Extension ketika mengesahkan perkara itu menjelaskan keterujaan kelab Lembah Klang itu menyambar khidmat pemain berusia 38 tahun tersebut dalam barisan jurulatih kelab.
"Lebih mesra di sapa Mat Yo, Norshahrul telah meninggalkan impak yang tidak dapat dilupakan dalam sejarah bola sepak Malaysia, terutamanya semasa kejayaan Harimau Malaya merangkul Piala AFF Suzuki 2010.
"Terkenal dengan bakat dan tipu muslihatnya yang unik, Norshahrul telah menjadi tonggak bola sepak Malaysia, menyumbang kepada tiga kejuaraan Liga Super, dua Piala Malaysia dan dua Piala FA.
"Pencapaian luar biasa beliau termasuk memperoleh tiga gelaran Pemain Paling Bernilai (MVP) sebanyak tiga kali berturut-turut," kata Kuala Lumpur City Extension dalam satu hantaran dimuat naik di media sosial kelab tersebut.
Sebagai rekod, Mat Yo, pernah menyarung jersi skuad Harimau Malaya sebanyak 83 kali, telah menjaringkan 14 gol dari 2007 hingga 2021. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Norshahrul Idlan Talaha
#Kuala Lumpur City Extension
#b-23
#jurulatih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan