BEKAS pemain kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha memohon bantuan daripada Penaung Persatuan Pemain Bola Sepak Malaysia (PFAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim selepas Melaka United masih degil untuk melunaskan tunggakan gajinya.
Menurut Norshahrul atau lebih dikenali sebagai Mat Yo, isu gaji tersebut sudah terlalu lama dan mengharapkan Tunku Ismail dapat membantu menyelesaikan masalah tersebut.
"@hrhcrownprinceofjohor Matyo masih menunggu perkhabaran dari Tunku untuk menghadap. Terlalu lama akan masalah @melakautdfc_official tidak melunaskan gaji.
"Tunku sebagai penaung PFAM harap dapat mendengar dan membantu akan masalah kami. Saya juga bekas pemain JDT dan pemain kebangsaan di bawah naungan Tunku harap sangat Tunku dapat membantu," tulisnya dalam laman Instagram.
Norshahrul beraksi untuk Melaka United selama semusim pada 2022 dan tunggakan gajinya difahamkan mencecah enam bulan.
Ini juga bukan kali pertama Mat Yo tampil bersuara selepas dia turut mendesak Melaka United melunaskan gaji pada Januari lalu.
"Lama tunggu, bayarlah hutang. Banyak kerugian isteri dan anak-anak alami. Tak baik aniaya orang. Bila nak bayar tu? Enam bulan bukan enam minggu tapi enam bulan tak bergaji. Kerja pergi kerja, gaji tak nak bayar?
"Macam ni anda bela nasib pemain yang pernah berbakti kepada negara? Awal-awal tahun 2022 dah lewat bayar lepas tu sikit-sikit pula," tulis Mat Yo baru-baru ini.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Feb 17 2024
Menurut Norshahrul atau lebih dikenali sebagai Mat Yo, isu gaji tersebut sudah terlalu lama dan mengharapkan Tunku Ismail dapat membantu menyelesaikan masalah tersebut.
Bintang 'Spider-Man' Tom Holland zahir hasrat kahwini aktres Zendaya
Bintang Spider-Man itu dikatakan sudah berbincang dengan Zendaya untuk berkahwin.
Kertas siasatan 10 individu berkait lelaki Israel dirujuk AGC minggu ini - KP KL
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, perbincangan akan diadakan bagi membuat keputusan terhadap tindakan lanjut yang akan dikenakan terhadap suspek terlibat.
Raja Charles III kembali jalani tugas awam selepas rawatan kanser
Raja Britain, Raja Charles III kembali menjalankan tugas awam selepas kesan positif rawatan kansernya.
LHDN pergiat ‘buru’ syarikat, individu culas bayar cukai
Ujar beliau, LHDN sentiasa memantau data-data sedia ada untuk tindakan sewajarnya.
Program Jelajah Siswa antara pengisian Hawana 2024
Sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2024 pada Mei ini buat julung kalinya akan menyaksikan penglibatan pelajar jurusan komunikasi menerusi Program Jelajah Siswa.
[KEMAS KINI] SPRM ambil keterangan, MB Perlis tegaskan tidak direman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan mengambil keterangan Maenteri Besar Perlis kira-kira jam 10 pagi tadi.
Bekas isteri Safee Sali fail tuntutan balas nusyuz
Sebutan semula kes bagi menjawab tuntutan itu oleh plantif ditetapkan pada 11 Jun depan.
Polis selamat mangsa pemerdagangan orang dipaksa bekerja di kelab malam
Polis berjaya menyelamatkan empat wanita warga Filipina yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang.
Pengasas maahad tahfiz didakwa di mahkamah kes liwat pelajar
Tertuduh didakwa meliwat tiga pelajar berusia antara 12 hingga 15 tahun manakala dua daripada mereka merupakan mangsa yang sama.
Pelajar UCLA dakwa universiti lepas tangan
Sebagai pelajar di antara puluhan kampus yang membantah serangan di Gaza, Isabelle Friedman yang memimpin akhbar bebas pelajar UCLA berbicara mengenai cabaran kehidupan harian pelajar dan memberikan liputan berita yang seimbang ketika protes terus meningkat.
Mat Yo kongsi ilmu, terokai bidang kejurulatihan
Bekas bintang Kelantan dan JDT itu dilantik penolong pengendali skuad B-23 Kuala Lumpur City Extension bagi saingan 2024/25.
Matyo sudah gantung but?
Bekas penyerang negara, Norshahrul Idlan Talaha, menimbulkan persoalan sama ada dia akan mengumumkan persaraan dalam masa terdekat.
Mat Yo mohon bantuan Tunku Ismail
Norshahrul Idlan Talaha memohon bantuan daripada Penaung PFAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim selepas Melaka United masih gagal melunaskan tunggakan gaji.
Mat Yo terkejut Safee Sali umum bersara
Beliau bagaimanapun menghormati keputusan penyerang legenda negara itu dan mendoakan yang terbaik buatnya.
Mat Yo belum cadang gantung but, teruskan sebagai penyerang Harini FT
Giat jalani kursus kejurulatihan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk meneruskan kariernya sebagai jurulatih pada masa akan datang.
Melaka United berpesta gol, Kuching City FC tundukkan UiTM
Norshahrul Idlan Talaha muncul wira dalam perlawanan itu apabila menjaringkan dua gol bagi memberikan keselesaan Melaka United mara ke pusingan kedua.
Dominic, Norshahrul setuju potong gaji, kekal beraksi di Thailand
Dominic dan Norshahrul bersetuju untuk gaji dipotong kerana apa yang lebih penting adalah kontrak tetap disambung ketika pandemik COVID-19 belum reda.
Mat Yo dipancing Bangkok Glass
Teka-teki berhubung masa depan penyerang veteran kebangsaan Norshahrul Idlan Talaha akhirnya terjawab
Pengalaman Mat Yo ditagih berdepan Indonesia - Cheng Hoe
Pengalaman dikepung penyokong tuan rumah dan dibaling objek keras yang dilalui Norshahrul ketika beraksi pada final berintensiti tinggi itu, amat ditagih ketua jurulatih negara.
Tok Gajah baham Sang Penyu
Pemain lincah, Faisal Abdul Halim, memulakan kebangkitan Pahang dengan gol seawal minit ketujuh menerusi tolakan mudah selepas percubaan Mohamadou Sumareh gagal ditangkap kemas Mohd Suffian Rahman.