SPORTS
Maybank Challenge Cup 2025: Maguire ketuai United, Fernandes di bangku simpanan

Pemain Manchester United tiba di Stadium Nasional Bukit Jalil sebelum aksi Maybank Challenge Cup 2025 menentang ASEAN All Stars malam ini. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Manchester United menurunkan gabungan pemain utama dan bakat muda terbaik dalam pertemuan menentang ASEAN All Stars malam ini, sempena aksi Maybank Challenge Cup 2025 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Penjaga gol utama Andre Onana mengetuai barisan pertahanan bersama Harry Maguire selaku kapten, manakala Carlos Casemiro dan Kobbie Mainoo mengemudi bahagian tengah.
Barisan serangan pula diterajui oleh Rasmus Højlund, disokong pemain muda Jack Moorhouse dan Reece Munro.
ASEAN All Stars pula mempertaruhkan pemain dari seluruh rantau termasuk bintang dari Thailand, Vietnam, Laos dan Filipina.Sergio Ezequiel Aguero dan Mo Kan menjadi antara tonggak utama, bersama nama-nama seperti Yaya Dukuly dan Patiwat Khammai.
Lebih 65,000 penyokong hadir malam ini bagi menyaksikan gabungan bintang dari dua dunia berentap di pentas Bukit Jalil, dalam perlawanan bersejarah.
Kesebelasan Manchester United:
Andre Onana, Harry Maguire (C), Rasmus Højlund, Patrick Dorgu, Casemiro, Diogo Dalot, Manuel Ugarte, Ayden Heaven, Kobbie Mainoo, Jack Moorhouse, Reece Munro
Pemain Simpanan:
Altay Bayındır, Bruno Fernandes, Amad Diallo, Alejandro Garnacho, Tom Heaton, Jonny Evans, Harry Amass, Sekou Kone, Toby Collyer, Tyler Fredricson, Chido Obi, Tyler Fletcher, Shea Lacey, Jaydan Kamason, Godwill Kukonki, Daniel Armer, Jim Thwaites
Kesebelasan ASEAN All Stars:
Patiwat Khammai, Sergio Fabian Ezequiel Aguero, Mo Kan, Sandro Reyes, Nguyen Hai Long, Amani Aguinaldo, Declan Lambert, Meng, Kealey Otieno, Yaya Dukuly, Coulibaly Abdel Kader, Harrison Delbridge
Pemain Simpanan:
Do Duy Manh, Nguyen Van Vi, Joao Pedro, Benjamin Davis, Mg Mg Lwin, Nguyen Hoang Duc, Kakang Rudianto, Bounphachan Bounkong, Adrian Segecic, Worachit Kanitsribumphen, Azam Azmi, Haziq Nadzli, Adib Abdul Raop, Irfan Fandi, Malik Risaldi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami