awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
xAI perkenal Grok untuk perniagaan dan perusahaan
Malaysia kecam sekeras-kerasnya tindakan Israel larang operasi organisasi bantuan kemanusiaan di Gaza
Gempa bumi sederhana landa Laut Banda, Indonesia dan Rantau Kepulauan Filipina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mbappe jadi inspirasi, Real Madrid tutup luka derby dengan pesta gol

Muhamad Syazwan Jonizar
Muhamad Syazwan Jonizar
01/10/2025
00:00 MYT
Mbappe jadi inspirasi, Real Madrid tutup luka derby dengan pesta gol
Mbappe bukan sahaja mengangkat moral pasukan, malah meletakkannya di kedudukan keenam penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Juara-Juara. - Foto REUTERS
KYLIAN Mbappe sekali lagi membuktikan statusnya sebagai bintang terbesar di pentas Eropah apabila meledak hat-trick untuk membantu Real Madrid membelasah Kairat Almaty di Kazakhstan, sekali gus mencatatkan kemenangan besar dalam saingan Liga Juara-Juara.
Penyerang sensasi Perancis itu membuka tirai jaringan seawal babak pertama melalui sepakan penalti tenang ke penjuru bawah selepas penjaga gol tuan rumah, Sherkhan Kalmurza, menjatuhkan Franco Mastantuono di luar kotak penalti.
Gol keduanya hadir pada minit ke-52 apabila Mbappe bijak membaca hantaran jauh Thibaut Courtois sebelum menyudahkan peluang dengan lambungan penuh bergaya menewaskan Kalmurza.
Kairat hampir diberi nafas baharu selepas pengadil menghadiahkan sepakan penalti susulan kekasaran Dani Ceballos ke atas Valeri Gromyko, namun keputusan itu dibatalkan selepas semakan VAR.
Walaupun sempat mensia-siakan peluang keemasan dengan gawang terbuka, Mbappe akhirnya menutup malam gemilangnya dengan jaringan ketiga dari jarak dekat untuk melengkapkan hat-trick peribadi.
Real Madrid terus berpesta gol pada penghujung permainan menerusi jaringan Eduardo Camavinga tandukan jarak dekat dan Brahim Diaz yang menyudahkan hantaran Gonzalo Garcia, sekaligus melengkapkan malam penuh derita buat Kairat yang merekodkan kekalahan paling teruk mereka dalam sejarah kejohanan Eropah.
Kemenangan besar ini hadir tepat pada waktunya buat skuad kendalian Xabi Alonso, selepas mereka dimalukan 5-2 oleh seteru sekota, Atletico Madrid, dalam aksi La Liga hujung minggu lalu.
Lebih manis, hat-trick Mbappe bukan sahaja mengangkat moral pasukan, malah meletakkannya di kedudukan keenam penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Juara-Juara dengan 60 gol mengatasi rekod milik bekas penyerang Bayern Munich, Thomas Müller.
View this post on Instagram
A post shared by Real Madrid C.F. (@realmadrid)
Topic Berkaitan
#Real Madrid
#Liga Juara-Juara
#Kylian Mbappe
#Kairat Almaty
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan