awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Khamenei beri amaran kepada AS serangan akan mencetuskan perang serantau
Angka korban kebakaran bar di Switzerland meningkat kepada 41
Pakistan umum boikot perlawanan Piala Dunia T20 Lelaki ICC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mental pemain Liverpool lesu - Klopp

Astro Arena
Astro Arena
03/02/2021
23:37 MYT
Mental pemain Liverpool lesu - Klopp
Jurgen Klopp percaya Liverpool mengalami kelelahan mental berikutan tumbang 0-1 kepada Brighton dan Hove Albion di laman sendiri, awal pagi tadi. -AP
LIVERPOOL 0 BRIGHTON 1
Jurgen Klopp percaya Liverpool mengalami kelelahan mental berikutan tumbang 0-1 kepada Brighton dan Hove Albion di laman sendiri, awal pagi tadi, secara tidak langsung memberikan satu lagi tamparan kepada harapan mereka untuk mempertahankan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Juara bertahan itu hanya membuat satu percubaan tepat untuk menempa rentetat kekalahan di Anfield, di mana mereka gagal menghasilkan sebarang gol dalam tiga perlawanan liga berturut-turut buat pertama kalinya sejak 1984.
Manchester City, yang akan bertandang ke Merseyside untuk pertembungan getir tengah malam Isnin depan, kini tujuh mata di depan The Reds selain mempunyai baki satu perlawanan.
Klopp berkata, Brighton sememangnya berhak meraih kemenangan mengejut itu bagi meredakan tekanan mereka menjauhi zon penyingkiran sambil menganggap barisan pasukannya -- yang kehilangan penjaga gol, Alisson Becker, sebelum sepak mula akibat masalah kesihatan -- mula berasa bahang jadual padat.
"Jelas sekali kami beraksi menentang seteru yang sangat mantap," kata pengurus Liverpool itu kepada BT Sport.
"Kami kelihatan tidak segar secara mental. Mereka memang layak menang. Kami mahu beraksi lebih baik dan lebih meyakinkan.
"Kami kehilangan terlalu banyak bola dalam situasi yang terbuka.
"Saya tahu pemain mampu membuat hantaran dari titik A ke B tetapi hari ini untuk sampai ke titik B itu nampaknya tidak tercapai.
"Kami mengharungi minggu yang sangat sukar. Brighton merupakan pasukan yang gemar menguasai bola. Kami tidak segar pada malam ini dan ketika itulah anda harus mencari jalan.
"Setiap pemain mampu beraksi lebih baik daripada apa yang mereka lakukan malam ini. Saya sudah masak dengan mereka, bukannya mereka enggan berusaha.
"Ada sebab lain ia berlaku."
Defeat at Anfield. #LIVBHA
— Liverpool FC (@LFC) February 3, 2021
Pengurus Jerman itu menambah: "Anda telah menyaksikan apa berlaku dan perlu mengkaji apa yang tidak kena.
"Satu-satunya penjelasan yang ada ketika ini adalah pasukan saya kelesuan yang menjuruskan mengenai mental.
"Ia tidak membawa kesegaran maksimum di kaki anda. Brighton memang berhak menang, mereka beraksi dengan baik dan melakukannya dengan baik.
"Kami mempunyai peluang tetapi mereka lebih layak. Mereka adalah pasukan yang bagus. Kami harus bertahan dengan banyak melakukan larian, tiada formasi di dunia di mana anda akan selalu berada di tempat yang tepat.
"Cara terbaik untuk bertahan menentang pasukan seperti ini adalah dengan menguasai bola tetapi kami tidak dapat melakukannya pada malam ini.
"Satu-satunya perkara yang boleh kami buat ialah dengan menggunakan sumber yang ada dan belajar daripadanya.
"Penyelesaiannya terpulang kepada pemain sendiri. Sudah seminggu mereka berdepan tempoh yang sukar dan malam ini (persembahan mereka) tidak memadai.
"(Manchester) City dalam prestasi hebat sementara kami harus mencari jalan keluar."
Topic Berkaitan
#jurgen klopp
#Liverpool
#Mental pemain lesu
#kelelahan mental
#Brighton
#Hove Albion
#Liga Perdana Inggeris
#Manchester City
#EPL
#Jerman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan