awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mereka sepatutnya tidak perlu memohon maaf - Essien

Ian Johan Ariff
Ian Johan Ariff
30/04/2018
10:08 MYT
Mereka sepatutnya tidak perlu memohon maaf - Essien
Michael Essien semasa bertemu sesi bertemu peminat di Kuala Lumpur pada Ahad. - Foto @ianjohanariff
Bekas pemain bola sepak antarabangsa Ghana, Michael Essien menegaskan bekas rakan sepasukannya, Sulley Muntari dan Kevin Prince-Boateng tidak perlu memohon maaf kepada Persatuan Bola Sepak Ghana (GFA).
Bagi Essien, mereka tidak perlu melakukan apa-apa kerana tiada kesalahan dilakukan.
“Bila kita bersuara, mereka (GFA) akan menganggap kita tidak menghormati mereka. Pengurusan pasukan dan GFA yang patut dipersalahkan kerana mereka yang mencetuskan masalah itu semasa kempen Piala Dunia di Brazil pada 2014, mereka berdua (Muntari & Boateng) tidak melakukan apa-apa,” kata Essien.
Essien juga hairan kenapa rakyat Ghana mahu Muntari dan Boateng meminta maaf kepada GFA dan ini bukan kali pertama bekas pemain Chelsea itu mempertahankan rakan senegaranya itu.
Perkara tersebut disuarakan sekali lagi semasa rakaman temubual peminat Essien untuk rancangan bual bicara bola sepak Astro Awani, Bual Bola di Kuala Lumpur pada Ahad, sempena sesi bertemu peminat anjuran Stadium Astro.
Soalan tersebut diajukan seorang warga Ghana, Salim Ahmed yang juga seorang penyokong Chelsea yang menetap di sini.
Salim mengajukan soalan itu kerana ingin melihat Muntari dan Boateng kembali mewakili skuad Ghana, namun dengan syarat, mereka berdua perlu memohon maaf kepada GFA.
Menurut laporan portal bola sepak, Goal.com pada Jun 2016, Muntari sudahpun memohon maaf kepada GFA atas insiden menyerang seorang pegawai badan induk badan bola sepak Ghana itu, semasa kempen Piala Dunia 2014 di Brazil.
Pergaduhan itu menyebabkan Muntari dihantar pulang dan terlepas aksi penting menentang Portugal, yang turut menyaksikan skuad Black Stars tersingkir dari kejohanan.
Rakaman temubual bersama Essien akan dikeluarkan pada Rabu, di laman web Astro Awani dan juga di platform media sosial Awani.
Topic Berkaitan
#Black Stars
#Chelsea
#GFA
#Ghana
#goal
#Kevin Prince-Boateng
#Michael Essien
#Piala Dunia
#Sulley Muntari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan