awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan Raya Datuk Bandar KL: 'Tunggu kajian UIAM' - Kor Ming
Bot persiaran karam, lima kru terselamat 17 jam terapung di laut
VM2026: Duta AS cadang pelancong Amerika kenali Malaysia lebih dekat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mereka yang cakna, faham sejarah akan mengerti rasional penganjuran TSSC - Sultan Selangor

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
20/08/2024
08:10 MYT
Mereka yang cakna, faham sejarah akan mengerti rasional penganjuran TSSC - Sultan Selangor
Piala Sultan Selangor dianjur bertujuan untuk mengeratkan persaudaraan dua pasukan seteru utama Liga Malaysia iaitu Selangor dan Singapura. - Foto FB Selangor Royal Office
KUALA LUMPUR: Piala Sultan Selangor (TSSC) telah dianjurkan sejak 23 tahun lepas, bertujuan untuk mengeratkan persaudaraan dua pasukan seteru utama Liga Malaysia suatu ketika dahulu iaitu Selangor dan Singapura.
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, simbolik persahabatan dan muhibah kesukanan diraikan menerusi semangat piala itu juga dapat dimanifestasi sebagai teladan dalam membanteras gejala keganasan sukan.
Titah Baginda, keganasan sukan nampaknya masih berleluasa khususnya dalam arena bola sepak tempatan.
“Kepada yang cakna dan faham sejarah, mereka akan mengerti rasional di sebalik penganjuran dan turut sama meraikan Piala Sultan Selangor sebagai sebuah acara berprestij yang menyemarakkan semangat persahabatan dalam sukan.
“Selain mengembalikan nostalgia, penganjuran Piala Sultan Selangor adalah antara acara yang dinanti-nantikan oleh peminat bola sepak tempatan yang merindui zaman kegemilangan bola sepak Malaysia,” titah Baginda dalam laman Facebook Selangor Royal Office.
Titah Sultan Sharafuddin lagi, perseteruan antara Selangor dan Singapura dalam arena bola sepak Malaysia amat menakjubkan kerana kedua-dua pasukan itu adalah yang paling berjaya dalam sejarah Liga Malaysia pada zaman dulu.
Tidak seperti kejohanan lain, titah Baginda lagi, Piala Sultan Selangor adalah eksklusif untuk satu perlawanan utama antara Pilihan Selangor menentang Pilihan Singapura.
Selain itu, turut diadakan perlawanan persahabatan bersifat pertunjukan antara pasukan Veteran Selangor menentang Veteran Singapura.
“Legenda bola sepak Selangor seperti Datuk Zainal Abidin Hassan dan lagenda bola sepak Singapura, Fandi Ahmad sendiri mengakui mereka amat teruja dengan penganjuran Piala Sultan Selangor.
“Mereka menyifatkan ia sebagai satu platform mengimbas kembali nostalgia “permusuhan tradisi” antara kedua-dua pasukan,” titah Baginda.
Baginda bertitah, penjelasan itu adalah bagi memberi fakta tepat khususnya kepada generasi baharu yang masih belum faham atau dimomokkan dengan informasi mengelirukan tentang sejarah sebenar kewujudan Piala Sultan Selangor.
Mengikut sejarahnya, penganjuran Piala Sultan Selangor bermula pada tahun 2001, dicadangkan sendiri oleh Sultan Sharafuddin selepas Singapura keluar dari Liga Malaysia pada 1994.
Penganjuran piala itu adalah bagi meraikan dan mengimbas kembali hebatnya perseteruan tradisi antara Selangor dan Singapura yang pernah mewarnai arena bola sepak tempatan.
Diadakan setiap tahun sama ada di Stadium Shah Alam atau National Stadium Singapura, kali terakhir kejohanan ini berlangsung adalah pada tahun 2019 sebelum ditangguhkan akibat pandemik COVID-19.
Topic Berkaitan
#Piala Sultan Selangor
#Sultan Sharafuddin Idris Shah
#mengeratkan persaudaraan dua pasukan seteru utama
#pasukan selangor
#pasukan Singapura
#Sultan Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan