awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Messi bawa Inter Miami ke final

Sinar Harian
Sinar Harian
16/08/2023
04:50 MYT
Messi bawa Inter Miami ke final
Kehadiran Messi meleburkan rekod cemerlang Philadelphia Union yang gagal memberikan saingan kepada Inter Miami dalam perlawanan separuh akhir. - Gambar/ Reuters
LIONEL Messi meneruskan rentak luar biasa bersama Inter Miami apabila membantu pasukan itu melangkah ke final Piala Liga menewaskan Philadelphia Union 4-1 pada Rabu.
Bintang sensasi Argentina itu telah mencatatkan sembilan gol dalam enam penampilan untuk Miami sejak berpindah ke kelab itu pada Jun lalu.
Pemain antarabangsa Venezuela, Josef Martinez, bekas rakan sepasukan Messi di Barcelola, Jordi Alba dan pemain gantian David Ruiz turut menjaringkan gol buat Miami dengan Alejandro Bedoya menjadi penjaring gol tunggal Philadelphia.
Keputusan itu bermakna Messi akan mengemudi Miami untuk aksi final ke-42 dalam kariernya apabila kejohanan berkonsepkan seperti Piala Dunia itu mencapai kemuncaknya pada Sabtu.
Kemenangan itu juga menjamin Miami tempat dalam Piala Juara-Juara Concacaf tahun depan.
Separuh akhir di Philadelphia itu sepatutnya menjadi tugasan paling sukar dihadapi Messi sejak dia membuat penampilan sulung untuk Miami pada 21 Julai selepas berpindah dari Paris Saint Germain (PSG).
Philadelphia merupakan salah sebuah pasukan terkuat dalam MLS, dan ketiga dalam kedudukan di Eastern Conference manakala Miami berada di kedudukan paling bawah.
Philadelphia juga hampir tidak dapat ditewaskan di tempat sendiri dan hanya kalah sekali dalam 38 perlawanan di Subaru Park.
Namun, kehadiran Messi meleburkan rekod cemerlang pasukan lawan itu yang turut gagal memberikan saingan kepada Inter Miami dalam perlawanan separuh akhir tersebut. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Lionel Messi
#Inter Miami
#Piala Liga
#Philadelphia Union
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan