LIONEL Messi tidak mempunyai kualiti kepemimpinan yang sama seperti Cristiano Ronaldo, kata bekas pemain Barcelona, Emmanuel Petit.

Messi setakat ini berhempas-pulas untuk memberikan impak di Russia 2018, dengan Argentina di ambang penyingkiran awal Piala Dunia selepas kekalahan memalukan 3-0 mereka ketika berdepan Croatia, awal pagi semalam.

Ketika Ronaldo menjaringkan hatrik untuk membantu Portugal seri 3-3 dengan Sepanyol sebelum menjaringkan gol kemenangan 1-0 menentang Maghribi, Messi buntu di depan gawang -- terlepas penalti berdepan Iceland sebelum mempamerkan aksi buruk di Nizhny Novgorod.

Skuad kendalian Jorge Sampaoli itu kini harus mengalahkan Nigeria untuk mengekalkan peluang kemaraan walaupun mereka tetap tersingkir jika Iceland mengatasi Croatia dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan.

Dan Petit -- pemenang Piala Dunia bersama Perancis pada 1998 -- menegaskan Messi mesti menanggung beberapa kesalahan.

"Dia bukan pemimpin. Bukan juga Ronaldo. Dalam hal ini, Messi adalah salah seorang pemain terbaik tetapi dia perlu menunjukkan mentaliti itu," kata Petit kepada Paddy Power.

"Dia perlu bangkit! Apabila keadaan berjalan lancar dengan Barcelona, dia seorang pemain hebat.

"Kita melihatnya dalam Liga Juara-Juara Eropah, ketika keadaan tidak berjalan baik, dia boleh hilang di padang.

"Dia tiada lagi. Dia tidak berlari, dia berjalan, dia tidak prihatin dengan bola," tambahnya.

BACA: Malu Argentina kalah, penyokong tegar dipercayai bunuh diri

BACA: 3-0, Argentina di ambang penyingkiran selepas dibenam Croatia


Argentina layak ke Piala Dunia hanya kerana ketajaman Messi dalam perlawanan menentang Ecuador dalam perlawanan terakhir peringkat kelayakan apabila bintang Barca itu menjaringkan hatrik untuk memastikan kelayakan.

Bagaimanapun, kecemerlangan Messi pada masa itu menimbulkan kelemahan yang serius dengan persiapan Sampaoli, dan Petit percaya kekecewaan dalam saingan kumpulan boleh menjadi amaran buat Argentina.

"Bahasa badan semua pemain menunjukkan mereka sangat lemah, tidak ada keyakinan, tidak ada kepercayaan di antara satu sama lain. Cara mereka melihat, saya tidak fikir Argentina layak sekarang," katanya.

"Ia akan memalukan dapat melihat mereka layak kerana menentang Iceland, mereka kelihatan teruk, tanpa inspirasi, tidak ada apa-apa.

"Dan Sampaoli telah membuat banyak kesilapan sejak permulaan kejohanan dalam memilih pasukannya, membuat penggantian, semuanya.

"Kamu masih ingat banyak pasukan Argentina dengan pemain hebat pada masa lalu tetapi pasukan ini jauh daripada itu. Mereka sangat teruk."