Lagenda Barcelona dan Belanda, Johan Cruyff menegaskan Lionel Messi tidak perlu memenangi Piala Dunia FIFA™ untuk membuktikan statusnya sebagai pemain terbaik sepanjang zaman.

Prestasi menakjubkan Messi bersama Barca sepanjang enam musim telah membuktikan kemampuan dirinya mengatasi nama-nama lain, ketika membahaskan soal pemain terbaik dalam sejarah bola sepak.

Bagaimanapun, ketika beraksi di pentas antarabangsa, Messi masih gagal memberi impak yang besar ataupun mengulangi kejayaannya seperti di Barca, khususnya pada kejohanan Piala Dunia FIFA™.

Ia berbeza sekali berbanding Diego Maradona, Pele dan Cruyff sendiri, dimana ketiga-tiga ini dipercayai antara pemain yang terbaik sepanjang zaman.

Cruyff adalah satu-satunya lagenda dinyatakan diatas yang tidak pernah menjulang trofi Piala Dunia FIFA™ tetapi dia menjadi bintang skuad Belanda dalam kejohanan itu pada 1974 apabila menamatkan saingan di tempat kedua.

Messi setakat ini hanya menjaringkan satu gol pada Piala Dunia FIFA™, iaitu gol terakhir ketika Argentina menewaskan Serbia and Montenergo 6-0 pada 2006.

Namun, Cruyff berkata rekod itu tidak memberi kesan besar kepada "legacy" Messi dengan menegaskan ia menunjukkan kelemahan rakan-rakan antarabangsa pasukannya.

"Messi seorang tidak boleh memenangi Piala Dunia, tetapi Argentina adalah pasukan yang kuat seperti Jerman, Brazil dan Sepanyol. Messi yang saya prihatin tidak perlu memenangi Piala Dunia untuk dianggap sebagai pemain terbaik dalam sejarah, "kata Cruyff.

Pada kejohanan edisi kali ini, ia mungkin menjadi peluang terbaik Messi untuk menjulang trofi Piala Dunia FIFA™, kerana mereka akan bermain di benua sendiri di Amerika Selatan, malah Argentina mempunyai senarai pemain yang kuat untuk beberapa tahun kebelakangan ini. -- Astro Arena