awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan buli di Kulim
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MFL gantung, denda Sri Pahang, KDA FC dan Perak FC

Bernama
Bernama
19/09/2025
04:15 MYT
MFL gantung, denda Sri Pahang, KDA FC dan Perak FC
Sri Pahang, KDA dan Perak dikenakan penggantungan dan denda susulan penarikan diri dan gagal mendapatkan Lesen Kebangsaan musim ini. - Foto MFL
KUALA LUMPUR: Sri Pahang FC, Kedah Darul Aman (KDA) FC dan Perak FC menerima tamparan apabila Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menggantung serta mengenakan denda terhadap mereka susulan penarikan diri dan kegagalan memperoleh Lesen Kebangsaan 2025-2026.

Ringkasan AI
  • MFL menggantung Sri Pahang, Kedah dan Perak kerana penarikan diri serta kegagalan memperoleh Lesen Kebangsaan 2025-2026.
  • Sri Pahang digantung satu musim, manakala Kedah dan Perak digantung dua musim (hingga 2026-2027) dan hilang hak ke atas wang agihan merit.
  • Keputusan dibuat dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah MFL, selaras dengan peraturan bahawa kelab yang menarik diri tidak boleh terlibat dalam aktiviti bola sepak anjuran MFL.

MFL dalam kenyataan hari ini memaklumkan keputusan itu dicapai pada Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah ke-15 baru-baru ini.
Berdasarkan Perlembagaan MFL, kelab yang menarik diri daripada Liga Malaysia (Liga-M) tidak akan menerima sebarang manfaat serta dilarang terlibat dalam aktiviti bola sepak sebagai sekatan terhadap Rakan Kongsi apabila status penyingkiran dan pengurusan kelab ditentukan.
"Justeru, Ahli Lembaga Pengarah MFL telah membuat keputusan untuk menggantung Sri Pahang FC yang telah menarik diri daripada menyertai semua pertandingan anjuran MFL selama satu musim berkuat kuasa bermula musim 2025-2026," menurut kenyataan MFL.
Sementara itu, KDA FC dan Perak FC yang gagal mendapatkan Lesen Kebangsaan 2025-2026 pula digantung daripada menyertai semua pertandingan anjuran MFL selama dua musim berkuat kuasa musim ini hingga 2026-2027.
Ketiga-tiga kelab turut dikenakan denda hilang hak ke atas wang agihan secara merit setelah berakhirnya Liga-M 2024-2025 susulan kesalahan melanggar Perlembagaan MFL.
Sebagai rekod, MFL pada Jun lepas mengesahkan Sri Pahang tidak akan menyertai Liga-M musim ini walaupun telah diberikan Lesen Kebangsaan sekali gus menyaksikan saingan liga utama domestik Liga Super disertai 13 kelab.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MFL
#Sri Pahan FC
#KDA FC
#Perak FC
#denda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan