awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Michelle hantar notis letak jawatan CEO ABM - BAM

Bernama
Bernama
09/05/2023
13:22 MYT
Michelle hantar notis letak jawatan CEO ABM - BAM
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan Michelle Chai secara sukarela menyerah serta menghantar notis peletakan jawatannya selaku Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Badminton Malaysia (ABM). - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan Michelle Chai secara sukarela menyerah serta menghantar notis peletakan jawatannya selaku Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Badminton Malaysia (ABM).
Menerusi kenyataan dikeluarkan badan induk sukan itu, tindakan diambil Michelle berkait rapat susulan prestasi hambar skuad wanita negara yang tersingkir daripada saingan Sukan SEA Kemboja di Phnom Penh, semalam.
"ABM turut ingin mengumumkan Pengarah Prestasi Tinggi ABM Dr Timothy John Jones dilepaskan daripada jawatannya berkuat kuasa serta-merta," menurut kenyataan itu.
Tindakan BAM tersebut dibuat tidak sampai 24 jam selepas sidang media diadakan Michelle pada pagi tadi, yang mengakui bertanggungjawab di atas prestasi ditunjukkan skuad wanita berpasukan selain memberi bayangan untuk melepaskan jawatannya.
Michelle pada sidang media tersebut berkata kekalahan mengejut 0-3 di tangan skuad wanita Filipina pada aksi suku akhir di Dewan Badminton Morodok Techo, Stadium Nasional itu merupakan sesuatu kenyataan yang tidak boleh diterima dan memerlukan jalan penyelesaian barisan pengurusan dan kejurulatihan ABM.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Michelle Chai
#notis letak jawatan
#CEO ABM
#Persatuan Badminton Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan