PELUMBA kelab tempatan, Bike Baju, Siew Yong Wong berjaya menjuarai Kategori Road Bike 42 kilometer (km) lelaki pada perlumbaan OCBC Cycle Kuala Lumpur (KL) 2024 di Dataran Merdeka semalam.
Tampil buat kali pertama pada perlumbaan yang lebih popular dengan nama The City Ride itu, Yong Wong atau mesra disapa Mike mencatat catatan masa keseluruhan 59 minit dan 36 saat (s).
“Sudah tentu saya gembira dengan kemenangan hari ini.
"Walaupun baru pertama kali menyertai pertandingan ini, saya sudah berjaya meraih tempat pertama.
“Terima kasih kepada rakan-rakan saya terutama (Ng) Yong Li (bekas pelumba negara) yang banyak memberi tunjuk ajar sehingga membolehkan saya meraih kemenangan,” kata Mike.
Tempat kedua dan ketiga kategori tersebut masing-masing dimenangi Azwan Abdul Malek dengan catatan masa 59:37s dan Jian Le Chan (1:01:48s).
Bagi kategori 42km wanita (road bike), status juara menjadi milik bekas pelumba kebangsaan, Noor Azian Alias yang mencatatkan masa 1:05:11s, diikuti Mariana Mohammad (1:08:16s) dan Jian Le Chan (1:01:48s).
Dalam kategori 42km lelaki (mountain bike), Muhammad Azran muncul juara dengan catatan 1:04:49s, diikuti Jason Lee yang turut mencatatkan masa sama, manakala P Feliciano menduduki tempat ketiga (1:12:16s).
Kategori 42km wanita (mountain bike), Mustika Ayuni Mustofa meraih tempat pertama dengan catatan 1:16:51s, manakala Nurkhairunnisatul Aina Mohd Fadzli di tempat kedua (1:21:14s) dan Choon Lian Low di tempat ketiga (1:31:03s).
Bagi kategori 42km lelaki (folding bike), tempat pertama dimenangi Mohamad Iezuan Jamian yang merekodkan masa 1:04:14s, manakala Chun Weng Ngai (1:05:19s) dan Amirrudin Jamaludin (1:08:11s) masing-masing di tempat kedua dan ketiga.
Dalam kategori 42km wanita (folding bike), Chan Lai Kei muncul juara dengan catatan masa 1:45:45s, diikuti Winnie Koh (1:54:31s) di tempat kedua dan Noor Farahaiza Mohd Amin (1:54:37s) di tempat ketiga.
Bagi kategori 42km Cabaran OCBC individu lelaki, Shafiq Mohamed berjaya mengekalkan kejuaraan yang dimenanginya tahun lalu selepas merekodkan masa 1:04:54s, manakala Jerico Aragoncilo (1:05:26s) di tempat kedua dan Weng Khong Lee (1:12:15s) di tempat ketiga.
“Syukur alhamdulillah sekali lagi saya dapat meraih tempat pertama perlumbaan tahun ini.
"Memang sejak awal lagi, saya cuba meletakkan sasaran untuk mempertahankan kemenangan,” kata Shafiq.
Bagi kategori 42km Cabaran OCBC individu wanita, Kwee Hoon Lim meraih tempat pertama dengan catatan 1:13:52s, manakala Yen May Wee (1:17:40s) di tempat kedua dan Wei Xuan Tang (1:18:29s) di tempat ketiga.
Kategori Cabaran OCBC berpasukan menyaksikan Team Fourever Young menduduki tempat pertama apabila merekodkan masa keseluruhan 5:03:33s, diikuti PenJD & Superfriends Cycling Team (5:09:44s) dan Team Joyride 2024 (05:18:58s).
Kategori KL Mayor's Ride yang menampilkan seramai 10 pelumba dalam setiap pasukan sekali lagi dimenangi Perodua Cycling Community A dengan catatan 04:20:42s, diikuti 7 Cycle Cycling Team A (04:23:25s) dan Catch us if you can! (04:34:50s).
“Kejayaan kali kedua berturut-turut ini hasil komitmen dan kerja keras setiap ahli pasukan.
"Saya gembira kerana kami dapat mempertahankan kejuaraan tahun ini,” kata wakil Perodua Cycling Community A, Mohd Isyarul Fazli Idris.
Edisi ketujuh penganjuran OCBC Cycle KL tahun ini kembali tampil memperkenalkan kategori Kids Push Bike yang melibat peserta cilik berumur tiga hingga tujuh tahun.
Terdahulu, lebih 2,700 pelumba bagi semua kategori memulakan kayuhan mereka dari Dataran Merdeka pada jam 6.45 pagi sebelum menyelusuri beberapa jalan utama di ibu negara. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Mar 03 2024
Lebih 2,700 pelumba bagi semua kategori memulakan kayuhan mereka dari Dataran Merdeka tersebut. - Foto Sinar Harian
[TERKINI] WEF | Pembangunan dunia yang tidak seimbang, Apa Solusi?
Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Arab Saudi merungkai masalah ekonomi dan ketidakseimbangan pembangunan yang sedang melanda dunia. Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Kewangan Arab Saudi, Mohammed Al-Jadaan berada sepentas merungkai masalah dunia yang memberi impak kepada semua negara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH, PN bertembung ketika kempen
Dua calon yang bersaing bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini bertembung buat kali pertama sejak hari penamaan calon semalam.
AWANI Ringkas: 1MDB - Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Gempa bumi Indonesia, Tasikmalaya paling terjejas
Sekurang-kurangnya empat orang cedera dan 27 keluarga lagi terkesan selepas satu gempa bumi dengan magnitud 6.2 melanda Daerah Garut di Jawa Barat pada pukul 11.29 pagi waktu tempatan, Ahad.
Air penstabil dan pemangkin pembangunan negara - Fadillah Yusof
Air merupakan komponen penting yang bertindak sebagai penstabil dan pemangkin untuk pembangunan negara yang mampan.
Pelaburan RM2.4 bilion dibawa masuk ke Terengganu - MB
Sebanyak RM2.4 bilion nilai pelaburan yang berpotensi sedang dibawa masuk ke Terengganu setakat bulan April ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kelayakan akademik bukan isu calon PN - Pas
Kempen PN sempena PRK Kuala Kubu Baharu tidak akan terjejas berikutan isu yang mengaitkan kelayakan akademik calonnya, Khairul Azhari Saut.
Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) mampu merubah graf pendapatan bulanan peserta apabila meningkatkan hasil jualan.
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Imigresen tahan dalang warga Indonesia, jual produk kosmetik tanpa kelulusan KKM
Jabatan Imigresen menahan seorang wanita warga Indonesia berusia 50 tahun disyaki menjadi dalang penjualan produk kosmetik dan kecantikan yang tidak mendapat kelulusan KKM.
Mike tawan OCBC Cycle KL 2024
Tampil buat kali pertama pada perlumbaan itu, Yong Wong atau mesra disapa Mike mencatat catatan masa keseluruhan 59 minit 36 saat.
Yong Li buktikan kayuhan masih berbisa
Yong Li merakamkan catatan masa keseluruhan 1 jam 02 minit dan 54 saat sekali gus merekodkan kejayaan ketiganya pada OCBC Cycle KL.