awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mirnawan Nawawi dilantik pengurus skuad hoki lelaki negara

Bernama
Bernama
26/09/2020
14:09 MYT
Mirnawan Nawawi dilantik pengurus skuad hoki lelaki negara
Datuk Mirnawan Nawawi dilantik sebagai pengurus pasukan lelaki negara berkuat kuasa serta-merta. - Foto Instagram/@mirnawannawawi
Ikon hoki negara Datuk Mirnawan Nawawi dilantik sebagai pengurus pasukan lelaki negara berkuat kuasa serta-merta bagi membantu ketua jurulatih Arul Selvaraj sehingga Sukan Olimpik Paris 2024.
Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) Datuk Seri Subahan Kamal mengesahkan pelantikan itu selepas mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengarah Eksekutif badan induk hoki negara itu di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, petang tadi.
"Kami sebulat suara bersetuju melantik Mirnawan sebagai pengurus skuad senior lelaki kebangsaan. Sudah tiba masanya kita kembali ke era dahulu apabila ikon hoki diberikan tanggungjawab mengemudikan pasukan kebangsaan.
"Sebelum ini, kita lantik jurulatih sebagai pengurus pasukan tapi kita merasakan sistem tersebut tidak memberi kesan positif kerana peranan jurulatih dan pengurus berbeza. Pengurus lebih kepada motivasi, jurulatih lebih kepada taktikal," katanya kepada media, hari ini.
Mesyuarat itu turut membincangkan mengenai bekas pemain kebangsaan bagi jawatan pengurus pasukan hoki wanita serta pengurus pasukan hoki remaja.
Mengenai pelantikan pengarah teknikal Projek Khas Sukan Asia 2026, Subahan berkata tiada kata putus dimuktamadkan setakat ini.
Beliau berkata pihaknya memerlukan sedikit masa untuk membuat pertimbangan sebelum mengumumkan pelantikan jawatan baharu itu.
"Kita berharap jawatan tersebut dapat diisi sebelum Program Pembangunan Hoki Negara (NHDP) bermula pada 1 Okt depan," katanya.
Jawatan berkenaan diwujudkan buat pertama kali untuk memastikan skuad hoki lelaki dan wanita negara meraih pingat emas pada Sukan Asia 2026 di Nagoya, Jepun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Arul Selvaraj
#hoki
#ikon hoki negara
#Konfederasi Hoki Malaysia
#Mirnawan Nawawi
#pengurus pasukan lelaki negara
#Subahan Kamal
#Sukan Olimpik Paris
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan