awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mirnawan nyatakan sokongan penuh terhadap KHM

Astro Arena
Astro Arena
12/07/2015
06:00 MYT
Mirnawan nyatakan sokongan penuh terhadap KHM
Mirnawan mengetuai Kumpulan 102 yang ditubuhkan pada 2009 susulan prestasi buruk skuad kebangsaan.
Bekas kapten hoki negara, Mirnawan Nawawi sokong tindakan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) memanggil semula jurulatih dan bekas pemain terbabit dalam rombakan besar skuad kebangsaan kerana ia mirip revolusi Kumpulan 102.
Mirnawan mengetuai Kumpulan 102 yang ditubuhkan pada 2009 susulan prestasi buruk skuad kebangsaan.
Kumpulan itu dianggotai bekas jurulatih dan pemain yang berkongsi idea dengan KHM termasuk mewujudkan skuad projek 2013.
Tindakan itu menyaksikan skuad projek 2013 muncul juara remaja Asia dan raih tangga keempat Piala Dunia Remaja selain pasukan kebangsaan kembali ke Piala Dunia 2014.
Malaysia hampir pasti gagal ke Sukan Olimpik Rio 2016 dan KHM dilihat akan menggunakan strategi sama.
Kali ini, badan induk itu memanggil jurulatih seperti Tai Beng Hai, Norsaiful Zaini, Stephen van Huizen, Wallace Tan, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah, Arul Selvaraj dan Lailin Abu Hassan untuk mencari jalan penyelesaian.
"Saya percaya KHM akan melihat situasi ini dan memastikan perancangan yang akan dilakukan berjalan dengan lancar untuk memastikan kita dapat mencapai sasaran jangka pendek dan panjang" kata Mirnawan.
Mirnawan turut diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Logan Raj yang senada dan berkongsi pendapatnya.
"Apabila pelan tersebut dilaksanakan, kami akan lihat pendekatan baru pasukan dan pemain"
"Sementara itu, falsafah pasukan akan dilancarkan dengan lebih baik menerusi pengurusan baru yang lebih profesional" kata Logan Raj.
Majlis Sukan Negara pula hampir pasti mendapatkan khidmat legenda hoki dunia, Terry Walsh untuk jawatan pengarah teknikal hoki.
KHM akan bersidang 5 Ogos depan untuk memutuskan program dan struktur pasukan kebangsaan dengan misi layak secara merit ke Sukan Olimpik, Tokyo 2020.
Topic Berkaitan
#hoki
#KHM
#Konfederasi Hoki Malaysia
#Mirnawan Nawawi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan