awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerjasama digital Malaysia-India mudahkan urusan rentas sempadan - PM Anwar
Malaysia-India berpotensi jadi suara dialog serantau - PM Anwar
Sekurang-kurangnya 20 kanak-kanak Sudan maut pada Januari - UNICEF
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Misbun, Chong Wei kerjasama hasilkan pemain perseorangan terbaik

Bernama
Bernama
30/06/2017
00:45 MYT
Misbun, Chong Wei kerjasama hasilkan pemain perseorangan terbaik
Pengalaman Chong Wei sepanjang tempoh ketiadaan Misbun bersama BAM mampu memudahkan tugas jurulatih berusia 57 tahun itu untuk mengenal pasti potensi pemain pelapis yang sedia ada. - Gambar fail
Ketua jurulatih perseorangan badminton kebangsaan, Datuk Misbun Sidek dan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei akan berkerjasama dalam usaha melahirkan pemain pelapis terbaik negara.
Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata pengalaman Chong Wei sepanjang tempoh ketiadaan Misbun bersama BAM mampu memudahkan tugas jurulatih berusia 57 tahun itu untuk mengenal pasti potensi pemain pelapis yang sedia ada.
"Saya meletakkan sepenuh kepercayaan kepada mereka berdua untuk menghasilkan satu perancangan bagi melahirkan pelapis pemain perseorangan lelaki yang terbaik bila Chong Wei bersara satu hari nanti.
"Chong Wei dan Misbun sangat rapat. Oleh itu, walaupun Misbun hampir tujuh tahun tidak bersama BAM, beliau tidak akan mengambil masa yang lama untuk mengenal pasti pemain kerana Chong Wei mampu memberikan maklumat dalaman berkaitan keupayaan dan kelemahan pemain yang sedia ada," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediaman Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin di sini, pada Khamis.
Dalam pada itu, Norza mengakui tidak mempunyai halangan sekiranya Misbun berhasrat untuk menemani Chong Wei yang akan beraksi di Kejohanan Badminton Dunia di Glasgow, Scotland, Ogos ini meskipun ia bertindih dengan jadual temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).
Namun, beliau menyarankan supaya Misbun berbincang terlebih dahulu bersama jurulatih lain antaranya Hendrawan, Indra Wijaya dan Sairul Amar Ayob untuk memastikan tiada masalah berkaitan pembahagian tugas dan tanggungjawab.
"Bagi saya walaupun Chong Wei mempunyai misi untuk meraih gelaran dunia pertamanya, tugas di KL2017 juga sangat penting kerana sebagai tuan rumah, kita mahukan pencapaian yang lebih baik ataupun sekurang-kurangnya sama seperti di Singapura dua tahun lalu," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#badminton
#BAM
#ketua jurulatih
#Lee Chong Wei
#Misbun Sidek
#Mohamad Norza Zakaria
#Persatuan Badminton Malaysia
#perseorangan badminton
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan