awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Misi serampang dua mata skuad ragbi 7S di Singapura

Bernama
Bernama
15/04/2024
20:00 MYT
Misi serampang dua mata skuad ragbi 7S di Singapura
Ketua Jurulatih Pasukan Ragbi Lelaki 7 sebelah (7s) Kebangsaan Nik Safuan Ismade Nik Man (kanan) memantau sesi latihan anak buahnya di Padang UPM hari ini. - Foto BERNAMA
SERDANG: Skuad ragbi tujuh sebelah (7s) negara memasang impian besar untuk 'menggempur' dua misi penting pada Kejohanan Tujuh Sebelah Asia Tenggara (SEA 7s) yang akan berlangsung di Singapura pada 2 hingga 3 Mei ini.
Ketua jurulatih skuad ragbi lelaki 7s negara, Nik Safuan Ismade Nik Man berkata, anak buahnya wajib mempamerkan aksi memberangsangkan untuk menempah slot final seperti yang ditetapkan Majlis Sukan Negara dan Kesatuan Ragbi Malaysia.
Selain itu, mereka juga perlu mendapatkan minit permainan sebanyak mungkin untuk meningkatkan stamina diri sebelum menempuh Kejohanan Asia Rugby Seven Series pada September dan November ini.
"Kita nak dapatkan sasaran masuk ke final dan dalam masa sama perlu minit bermain untuk kejohanan utama iaitu Asia Rugby Seven Series di Korea Selatan dan China pada September manakala Bangkok, Thailand pada November.
"(Lagipun ini adalah) kombinasi antara (enam) pemain baharu dengan pemain lama. Kalau ikutkan tidak ada masalah sebab majoriti mereka sudah bermain sekali di liga tempatan," katanya kepada Bernama selepas sesi latihan di padang Universiti Putra Malaysia (UPM), di sini, pada Isnin.
Nik Safuan mengingatkan anak buahnya agar tidak mengambil mudah cabaran antarabangsa itu yang turut disertai Singapura, Filipina, Kemboja, Thailand, Brunei, Indonesia dan pasukan jemputan, Taiwan.
Beliau berkata, ketika ini penting bagi pemain negara bebas daripada sebarang kecederaan untuk memastikan mereka berada dalam 'mood' bertarung bermula dengan perlawanan persahabatan bersama pasukan Singapura pada Sabtu ini (20 April) di Stadium Ragbi Johor Mount Austin, Johor Bahru.
"Ada tiga negara yang perlu kita tengok iaitu Singapura, Taiwan dan Filipina manakala bagi perlawanan persahabatan itu nanti ia lebih kepada untuk kekalkan persefahaman antara pemain dan tengok setakat mana kelemahan kita ada.
"Kalau ikutkan Singapura pun tidak akan menurutkan pemain utama. Mereka juga sedang mencari pemain-pemain utama, jadi (perlawanan persahabatan) itu saya tak tetapkan apa-apa KPI (petunjuk prestasi utama)," katanya.
Nik Safuan, 43, yang juga bekas pemain negara memaklumkan, undian kumpulan berkemungkinan hanya akan diketahui minggu hadapan.
Kejohanan SEA 7s akan berlangsung di Stadium Jurong kecuali aksi final yang akan diadakan di Stadium Nasional Singapura. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#perlawanan persahabatan
#ragbi tujuh sebelah
#Kejohanan Tujuh Sebelah Asia Tenggara
#SEA 7s
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan