Sukan seni mempertahankan diri campuran atau MMA bakal mewarnai Hari Sukan Negara yang akan diadakan Sabtu ini.
Keterujaan ini dikongsi oleh para atlet MMA profesional negara yang memberi sokongon kepada atlet amatur yang bakal beraksi pada hari tersebut.
Selain seni bela diri, mereka juga percaya MMA mampu menjadi aktiviti untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat.
Peninju Muay Thai profesional yang juga petarung MMA Malaysia, Saiful Merican menyifatkan Hari Sukan Negara sebagai satu cetusan idea yang terbaik.
“Hari Sukan Negara adalah satu program ataupun cadangan yang terbaik kerana kita di Malaysia harus lebih bersenam.
"Seperti seni bela diri, ramai orang jadikan ini sebagai trend sukan untuk bersenam dan untuk keluarkan peluh.”
Bagi seorang lagi petarung MMA negara, Peter Davis, Hari Sukan Negara adalah program yang baik untuk menggalakkan orang ramai menjadi lebih aktif.
"Pada masa yang sama,orang mengambil inisiatif untuk keluar dan melakukan senaman, ia satu perkara yang besar," kata Peter yang juga merupakan seorang pelakon dan model.
Dalam pada itu, Hari Sukan Negara turut dilihat sebagai satu platform untuk menyatukan rakyat.
Menurut petarung MMA wanita negara, Ann ‘Athena’ Osman, terdapat pelbagai aktiviti yang mengalakkan penyertaan aktif dari pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia, Sabtu ini dan ianya sesuatu yang bagus.
"Terdapat banyak acara sukan dan hujung minggu ini saya percaya ianya bagus dan perlu diteruskan dengan objektif untuk menyatukan rakyat Malaysia melalui sukan," katanya.
Hujung minggu ini akan menyaksikan dua acara MMA.
Pada Jumaat, akan berlangsungnya ONE Championship: Tigers of Asia iaitu acara bagi petarung professional.
Manakala, pada Sabtu pula, akan berlangsung kejohanan peringkat akhir Malaysian Invasion Mixed Martial Arts musim ke-3 (MIMMA 3) bagi petarung amatur yang turut merupakan salah satu acara Hari Sukan Negara.
Sathesh Raj
Thu Oct 08 2015
(Dari kiri) Petarung profesional MMA negara Saiful Merican, Peter Davis, Ann Osman, Gianni Subba, Ev Ting dan Agilan Thani ketika sesi 'Open Workout' di HIT Fitness and Martial Arts Gym.- Foto Astro AWANI / SATHESH RAJ
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Kenali si gadis ayu MMA, Edilah Johany
Mari kita kenali secara ringkas gadis petinju ayu bernama Edilah Johany.
MMA: AJ sudah bersedia untuk beraksi di Jakarta
AJ Lias Mansor kini bersedia untuk memberikan persembahan yang hebat pada acara ONE Championship di Jakarta, Indonesia, 19 Januari ini.
Tip elak berat badan 'plus-plus' ketika musim perayaan - Pesanan ratu MMA
Tip dari ratu MMA negara dari ONE Championship, Ann Osman tentang bagaimana hendak elakkan dari berat badan naik ketika musim perayaan.
Kisah mulanya karier Jordan Boy dalam sukan seni bela diri
Mohammed Mahmoud yang diberi jolokkan nama 'Jordan Boy', telah petinju sensasi terbaharu negara dalam arena seni mempertahkan diri.
Rashid Salleh dilantik Presiden Persatuan MMA Malaysia
Pelakon dan personaliti TV, Rashid Salleh telah dilantik sebagai Presiden Persatuan Seni Mempertahankan Diri Campuran Malaysia (MASMMAA).
MMA: ONE Championship holds open workout ahead of KL fight night
ONE Championship, recently held a Media Open Workout for ONE Championship athletes competing at ONE: PURSUIT OF POWER, set for 13 July at the Axiata Arena in Kuala Lumpur.
Ratu MMA negara Ann Osman umum bersara dari gelanggang
Ratu MMA negara, Ann 'Athena' Osman telah mengumumkan persaraannya selepas lebih empat tahun bergiat dalam sukan itu.
MMA: Saiful Merican kembali beraksi di pentas ONE Championship
Selepas setahun berehat, atlet MMA negara, Saiful Merican kini kembali semula ke pentas ONE Championship bagi menghadapi lawannya dari Filipina, Burn Soriano.
MMA: Ann Osman menang mudah di China
Ann Osman memperoleh kemenangan mudah di kejohanan ONE Championship di China apabila menewaskan lawannya dalam hanya satu pusingan.
MMA bakal warnai Hari Sukan Negara
Keterujaan ini dikongsi para atlet MMA profesional yang memberi sokongon kepada atlet amatur yang bakal beraksi pada 10 Oktober nanti.