awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MMA: Malaysia raih tiga kemenangan KO di ONE FC 'Roar Of Tigers'

Haider Yutim
Haider Yutim
18/10/2014
12:59 MYT
MMA: Malaysia raih tiga kemenangan KO di ONE FC 'Roar Of Tigers'
BANGGA: Ann Osman menjulang Jalur Gemilang selepas memenangi pertarungannya. Foto ONE FC
Malaysia memperoleh tiga kemenangan menerusi sukan seni mempertahankan diri campuran (MMA) di kejohanan ONE FC: Roar Of Tigers yang berlangsung di Stadium Putra, pada Jumaat.
Kemenangan tersebut diperolehi dari Peter Davis, Ev Ting dan Ann Osman yang masing-masing telah menewaskan lawan mereka di gelanggang sendiri.
Peter telah menewaskan petarung dari Filipina, Vaughn Donayre dalam pusingan pertama melalui knock-out teknikal (TKO).
Pertarungan di antara Ev Ting dan Edward Kelly pula menyaksikan Ev menewaskan peserta yang juga dari Filipina menerusi tendangan 'knockout' ke kepalanya pada pusingan kedua.
peter davis
peter davis
Pengadil, Olivier Coste mengisytihar kemenangan kepada Peter Davis. Foto ONE FC
Sementara itu dalam pertarungan wanita, Ann Osman telah mengekalkan rekod kemenangannya bagi kejohanan lalu dengan menewaskan petarung Mesir, Ana Saeid Saber.
Ann yang mendapat sorakan gemuruh dari ribuan peminat itu telah berjaya memenangi pertarungan tersebut melalui TKO oleh hentian pengadil.
Ini merupakan kemenangan kedua Ann selepas menewaskan petarung Filipina yang juga merupakan bekas juara tinju wanita dunia di Dubai, Ogos lalu.
Kemenangan itu menjadikannya peserta wanita Malaysia pertama menenangi pertarungan MMA profesional peringkat antarabangsa.
Kejohanan ONE FC: Roar of Tigers merupakan kejohanan yang kelima dianjurkan oleh organisasi MMA terbesar Asia itu di Malaysia.
Berikut merupakan keputusan penuh bagi kejohanan itu: Featherweight: Marat Gafurov (Russia) menewaskan Rob Lisita (Australia) melalui submission pada pusingan 1 Lightweight: Peter Davis (Malaysia) menewaskan Vaughn Donayre (Philippines) melalui TKO pada pusingan 1 Featherweight: Ev Ting (Malaysia) menewaskan Edward Kelly (Philippines) melalui Knockout pada pusingan 2 Flyweight wanita: Ann Osman (Malaysia) menewaskan Aya Saeid Saber (Egypt) melalui TKO pada pusingan 1 Featherweight: Bashir Ahmad (Pakistan) menewaskan Tanaphong Khunhankaew (Thailand) melalui submission pada pusingan 1 Flyweight: Dejdamrong Sor Amnuaysirichoke (Thailand) menewaskan Saiful Merican (Malaysia) melalui submission pada pusingan 2 Bantamweight: Stephen Langdown (Singapore) menewaskan Raymond Tan (Malaysia) melalui knockout pada pusingan 1 Bantamweight: Anatpong Bunrad (Thailand) menewaskan Marc Marcellinus (Malaysia) melalui knockout pada pusingan 1 Welterweight: Hisham Hiba (Egypt) menewaskan Barbod (Iran) melalui TKO pada pusingan 2
Topic Berkaitan
#Ann Osman
#Ev Ting
#MMA
#one fc
#Peter Davis
#Stadium Putra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan