SUKAN
MMA Ula Super-8: Bukan sekadar pertarungan malah mampu tangani isu buli - Aaron Aziz

Aaron berkata, Ula Super-8 adalah platform peluang kedua untuk sukan digunakan sebagai membina jati diri dan menentang keganasan sosial. - StadiumAstro
PELAKON tersohor tanah air, Datuk Aaron Aziz, memperkenalkan Kejohanan MMA Ula Super-8 yang bukan sekadar memperkenalkan aksi pertarungan, malah turut diposisikan sebagai usaha menangani isu budaya buli dan tekanan mental.
Ia selaras dengan amanat Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, yang mahu menjadikan sukan tempur sebagai salah satu cara untuk menangani kes buli yang kian menular dalam kalangan belia.
"Kami mempromosi sukan tempur, bukan keganasan.
"Saya sendiri ada artis seni bela diri jadi kami terapkan tiga peraturan, 1-3 cuba elak, kemudian barulah kita perlu pertahankan diri."Baru-baru ini Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, juga mengatakan sukan tempur boleh digunakan untuk membanteras buli di sekolah," katanya di Nadi Weekend hari ini.
Menerusi kempen “Bully Proof” hasil kerjasama United Lair of Arts, kejohanan ini membawa mesej jelas yang bertujuan memberi ruang kepada individu yang pernah menjadi mangsa untuk bangkit melalui sukan, disiplin dan komuniti.
Tegasnya, Ula Super-8 adalah platform peluang kedua untuk sukan digunakan sebagai membina jati diri, menentang keganasan sosial dan menawarkan alternatif yang positif kepada golongan muda.
"Salah seorang petarung saya adalah autisme.
"Baru berumur11 tahun tapi sudah terbabit dalam 45 pertarungan dan menang 15 berturut-turut.
"Sukan tempur sangat membantunya daripada dibuli dan saya mahu murid sekolah rendah mencontohinya," katanya.
* Artikel asal disiarkan di StadiumAstro.com
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami