awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mohd Saizul Hafifi lepas jawatan ketua jurulatih ragbi 7s kebangsaan

Bernama
Bernama
29/12/2022
22:45 MYT
Mohd Saizul Hafifi lepas jawatan ketua jurulatih ragbi 7s kebangsaan
Mohd Saizul Hafifi bersyukur diberi kepercayaan mengemudi skuad kebangsaan bermula 2015 sehingga mampu melakar sejarah merangkul pingat emas pertama dalam kategori lelaki ragbi 7s di temasya Sukan SEA KL 2017. - Foto Astro ARENA
KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih ragbi tujuh sebelah (7s) lelaki kebangsaan Mohd Saizul Hafifi Md Noor mengesahkan peletakan jawatan beliau berkuat kuasa 31 Dis ini, selepas lapan tahun menggalas tanggungjawab berkenaan.
Pengendali pasukan berusia 38 tahun itu berkata keinginan untuk kembali menyambung kerjaya sebagai guru Matematik di Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) di Bandar Penawar, Johor serta memberi tumpuan kepada keluarga menjadi antara sebab beliau mengundurkan diri.
"Saya sebenarnya sudah mohon peletakan jawatan daripada Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) pada Oktober lepas namun mereka (KRM) menyuruh saya tunggu sehingga hujung tahun ini.
"Saya sebenarnya masih berminat untuk menjadi jurulatih skuad ragbi kebangsaan sekiranya ditawarkan lagi suatu hari nanti, namun bukan dalam masa terdekat," katanya ketika dihubungi Bernama semalam.
Mohd Saizul Hafifi turut menzahirkan kesyukuran kerana diberi kepercayaan mengemudi skuad kebangsaan bermula 2015 sehingga mampu melakar sejarah membantu pasukan negara merangkul pingat emas pertama dalam kategori lelaki ragbi 7s di temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.
Terdahulu, KRM dalam kenyataan memaklumkan peletakan jawatan Mohd Saizul Hafifi sebagai ketua jurulatih ragbi 7s lelaki kebangsaan selepas kontraknya bersama Majlis Sukan Negara (MSN) dan KRM berakhir Sabtu ini dan merakamkan penghargaan di atas sumbangan beliau selama ini.
Namun, buat masa ini KRM masih belum memuktamadkan nama ketua jurulatih baharu, yang akan diperhalusi oleh Pengarah Kejurulatihan KRM Lee Nyuk Fah bersama Pengarah Prestasi Tinggi KRM Dr Ahmad Naim Ismail.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ketua jurulatih
#Mohd Saizul Hafifi Md Noor
#ragbi tujuh sebelah
#letak jawatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan