KUALA LUMPUR:Pelumba Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT), Franco Morbidelli mencatatkan kemenangan ketiganya musim ini selepas memenangi Grand Prix (GP) Valencia di Litar Ricardo Tormo, Sepanyol pada Ahad.
Pelumba Itali berusia 25 tahun itu yang memulakan perlumbaan dari petak utama menguasai perlumbaan sejak dari awal lagi sebelum berentap dengan pelumba Australia Jack Miller daripada pasukan Pramag Racing di pusingan terakhir untuk menjadi pelumba pertama melepasi garisan penamat dengan masa 41 minit 22.478 saat.
Sebelum ini, Morbidelli memenangi perlumbaan GP San Marino dan GP Teruel.
Miller di tempat kedua, 0.093 saat di belakang Morbidelli sementara pelumba Sepanyol Pol Espargo daripada pasukan Red Bull KTM Factory Racing di tempat ketiga dengan catatan masa 41:25.484 saat dalam perlumbaan sebanyak 27 pusingan itu.
Rakan sepasukan Morbidelli, Fabio Quartararo dari Perancis gagal menamatkan perlumbaan selepas terlibat dalam kemalangan di selekoh keenam pada pusingan kesembilan dan membantutkan hasratnya memburu mata bagi kejuaraan MotoGP Dunia.
Sementara itu pendahulu MotoGP, pelumba Sepanyol Joan Mir daripada Team Suzuki Ecstar, muncul Juara Dunia MotoGP musim ini biarpun menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh (41:31.181 saat) dalam perlumbaan hari ini. Beliau mengumpul 171 mata selepas berlumba dalam 13 perlumbaan dengan berbaki satu lagi perlumbaan.
Mir adalah pelumba kedua Suzuki menjuarai MotoGP Dunia sejak pelumba Amerika Syarikat Kenny Roberts Jr memperolehnya pada 2000.
Dalam perlumbaan kategori lain, pelumba Petronas Sprinta Racing Xavi Vierge dari Sepanyol menamatkan perlumbaan di tempat ke-13 dalam kategori Moto2 dengan masa 40 minit 15.720 saat dalam perlumbaan 25 pusingan.
Rakan sepasukannya Jake Dixon dari Great Britain tidak menyertai perlumbaan hari ni selepas menjalani pembedahan pergelangan tangan kanannya di United Kingdom minggu ini.
Dua pelumba Malaysia -- Hafizh Syahrin Abdullah daripada Inde Aspar Team Moto2 dan Kasma Daniel Kasmayudin daripada OneXoX TKKR SAG Team masing-masing di tempat ke-19 dan ke-20 dengan catatan masa 40:44.293 saat dan 40:49.017 saat.
Dalam kategori Moto3, pelumba Petronas Sprinta Racing John McPhee di kedudukan ke-11 dengan catatan masa 38:30.341 saat dalam perlumbaan 23 pusingan itu sementara rakan sepasukannya dari Malaysia Khairul Idham Pawi gagal menamatkan perlumbaan selepas terlibat dalam kemalangan pada pusingan ke-21.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 15 2020
Franco Morbidelli mengungguli perlumbaan MotoGP Valencia di Litar Ricardo Tormo, Valencia, Sepanyol, 15 Nov, 2020. (Foto AP)
10 hospital kerajaan tawar khidmat bayar penuh PPBP - Dzulkefly
Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh yang diperkenalkan di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia semenjak 2007 kini tersedia di 10 hospital awam.
Kerajaan tiada hasrat perkenal TVET kepada lepasan Darjah 6 - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata meskipun terdapat negara maju telah melakukan perkara tersebut, pihaknya berpendapat cadangan pelaksanaan TVET bagi lepasan darjah enam perlu penelitian sebaiknya.
Fenomena La Niña berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang dan jika berlaku, ia dijangka lemah dan bersifat jangka pendek, menurut Pertubuhan Meteorologi Dunia.
Pantau Agenda Reformasi: Ketidakpadanan kemahiran dan keperluan pasaran tenaga kerja
Ketidakpadanan antara kemahiran dan keperluan pasaran tenaga kerja cabaran kepada negara.
Prof Dr Balakrishnan Parasuraman, Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
Prof Dr Balakrishnan Parasuraman, Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
General Motors hentikan projek robotaxi selepas pelaburan AS$10 bilion
Projek itu menerima tamparan hebat pada akhir 2023 apabila berlaku kemalangan di San Francisco.
Mayat disumbat bagasi sempurna, hanya patah hidung - Polis
Hasil bedah siasat ke atas mayat seorang lelaki yang ditemui disumbat dalam bagasi mendapati tiada kecederaan lain selain patah di bahagian hidung.
Jabatan Peguam Negara kesal penyebaran maklumat, akaun palsu di Facebook
AGC dan Bahagian Pendakwaan tidak pernah menawarkan sebarang perkhidmatan seperti yang didakwa oleh akaun palsu menggunakan nama 'Putrajaya AGC'.
JKPK kemuka enam syor atasi isu kenaikan harga
Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Kesihatan mengemukakan enam syor kepada kerajaan bagi menangani isu kenaikan harga premium insurans dan takaful kesihatan.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan formula penyelesaian isu pengagihan gas melibatkan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) dengan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) bakal diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Boeing dilapor mulakan semula operasi pengeluaran 737 MAX
Boeing memulakan semula pengeluaran pesawatnya 737 MAX minggu lalu kira-kira sebulan selepas tamatnya mogok selama tujuh minggu yang melibatkan 33,000 pekerja.
Razlan puji kecekalan Morbidelli di GP Valencia
Pelumba dari Itali yang berusia 25 tahun itu mempamerkan kesungguhan sebenar untuk meraih kemenangan ketiganya musim ini.
Pelumba pasukan Petronas Yamaha SRT tekad bangkit cemerlang di Catalunya GP
Quartararo yakin untuk sekali lagi mempamerkan persembahan memberangsangkan.
MotoGP: Saya anggap diri saya amat bertuah - Morbidelli
"Saya mengalami bengkak, tetapi semuanya baik. Melihat pada rakaman kemalangan itu, saya bersyukur selamat."
Morbidelli tidak sabar untuk cabar Rossi
Morbidelli akan menunggang untuk pasukan MotoGP Malaysia yang pertama, Petronas Yamaha Sepang Racing Team.