awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Personaliti TV Martha Stewart sertai Snoop Dogg sebagai pemilik minoriti Swansea
Samsung perkenal modul memori SOCAMM2 LPDDR5X untuk pelayan AI
LHDN proses bayaran balik RM18 bilion, baki RM1 bilion sebelum akhir Disember
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Moto2: Ada pihak lebih seronok Hafizh Syahrin gagal?

Astro Arena
Astro Arena
24/08/2020
23:47 MYT
Moto2: Ada pihak lebih seronok Hafizh Syahrin gagal?
Hafizh ketika ini sedang menjalani kuarantin selama 14 hari di sebuah hotel di ibu kota. - Gambar fail
Hafizh Syahrin Abdullah meluahkan nada kesal apabila ada pihak yang tidak mahu melihat pelumba negara mencipta nama di pentas antarabangsa.
Pelumba berumur 26 tahun itu memberi bayangan tersebut di laman Instagram peribadinya, seakan-akan meluahkan perpisahannya selepas 13 tahun berkecimpung dalam bidang berkenaan.
"Sebenarnya tiada kata putus cuma saya nak kongsikan selama 13 tahun dalam sukan permotoran, tanpa sokongan yang cukup kuat mungkin agar sukar untuk teruskan perjuangan ini, kalau boleh saya tidak mahu ada politik.
"Saya tidak tahu lagi (sama ada akan beraksi dalam MotoGP musim depan), tapi saya ingin terus berlumba tetapi saya tidak berapa minat dengan politik dalam sukan permotoran ini apabila ada pihak yang ingin melihat pelumba Malaysia tidak berjaya (gagal).
"Kita tidak boleh berdengki, bersikap tikam belakang sedangkan sama-sama bawa nama Malaysia tetapi ada orang dalam sukan permotoran ingin (lihat) saya jatuh," katanya.
Hafizh Syahrin ditimpa kemalangan ngeri dalam Grand Prix (GP) Austria, dua minggu lalu, yang menyebabkannya terlepas perlumbaan di litar sama, pada Ahad.
BACA: Alejandro Medina sah ganti Hafizh Syahrin di GP Styria
BACA: 'Saya masih merasa impak kemalangan' - Hafizh Syahrin
Justeru, pelumba Moto2 yang mewakili Aspar Team itu mengambil kesempatan untuk pulang ke tanah air, dua hari lalu bagi menyelesaikan beberapa urusan.
"Ikutkan pelan asal, saya tidak akan balik Malaysia tetapi ini sahaja peluang untuk saya balik ketika ini.
"Sejak ke Eropah bulan lalu, kami sepatutnya tidak pulang selama setengah tahun tetapi keluarga sebelah emak saya dalam situasi yang kurang baik.
"Jadi selepas menjalani kuarantin ini, saya ada masa beberapa hari (untuk melawat mereka) sambil menjalani latihan ringan sebelum ke Eropah semula," katanya, yang sedang menjalani kuarantin selama 14 hari di sebuah hotel di ibu kota, ketika dihubungi.
View this post on Instagram
Salam semua, macam yang korang dah tahu, Saya baru terlibat dalam satu eksiden. Tapi alhamdulillah saya OK. Terima kasih kepada semua yang doakan saya dan terus menyokong saya. Hafizh akan buat yang lebih baik untuk race seterusnya. Nasib baik saya pakai kelengkapan keselamatan yang menyeluruh. Walaupun sut, kasut, helmet Hafizh berat tapi faktor keselamatan tak boleh dipandang remeh. Jadi saya nak pesan kat rider semua, hati-hati bawak motor. Jangan pertaruhkan nyawa di atas jalan raya dan jangan malas pakai helmet. Kalau korang nak renew Insurans, korang boleh tengok #motorcycle365comprehensivePLUS dari @kurniainsurans. Ada perlindungan menyeluruh untuk rider dan pembonceng #AkuAdaBackup #GengOKtakOK #Kurnia
A post shared by Hafizh Syahrin Abdullah (@hafizh_syahrin) on
Aug 24, 2020 at 12:30am PDT
Lantas, persiapan di negara amat penting berikutan hasratnya untuk kembali berlumba di San Marino, 13 September depan.
"Sebenarnya saya sudah boleh berjalan tanpa tongkat dan beberapa hari lagi, Insya-Allah saya boleh mula mengadakan latihan di kediaman seperti awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu.
"Saya akan minta isteri hantar peralatan latihan ke hotel ini untuk saya membolehkan berkayuh agar dapat melonggarkan otot.
BACA: Enea Bastianini kesal, doakan Hafizh Syahrin cepat pulih
BACA: "Alhamdulillah, Hafizh okay" - Isteri
"Saya akan beraksi dalam GP San Marino sebab yakin boleh menunggang semula.
"Cuma ketika di Austria minggu lalu, dua doktor menekan terlalu kuat di tempat tercedera dan kalau sesiapa pun yang diperlakukan begitu, pasti akan kata sakit," katanya.
Topic Berkaitan
#GP Austria
#Grand Prix
#Hafizh Syahrin Abdullah
#hotel
#Instagram
#kemalangan
#keselamatan
#Moto2
#MotoGP
#motosikal
#pelumba
#PKP
#San Marino
#sukan
#sukan permotoran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan