SEPANG: Biarpun menggunakan jentera musim lepas, Enea Bastianini dari pasukan Gresini Racing MotoGP muncul pelumba dengan masa terpantas sepusingan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada hari terakhir sesi ujian pramusim MotoGP hari ini.
Pelumba berusia 24 tahun itu mencatat satu minit 58.131 saat dalam pusingan ke-13 daripada 25 pusingan, untuk memadam rekod sebelumnya 1:58.303s dilakukan oleh penyandang juara Fabio Quartararo pada 2019.
Pelumba Aprilia Racing Aleix Espargaro yang muncul pelumba terpantas pada sesi pertama dengan 1:58.371s semalam, di tempat kedua selepas ketinggalan 0.026s di belakang Bastianini dengan mencatat 1:58.157s di pusingan kelapan setelah melengkapkan 38 pusingan.
Jorge Martin dari Pramac Racing yang melakukan 27 pusingan, menduduki tempat ketiga dengan masa terbaik 1:58.243s pada pusingan kelapan.
Mengulas mengenai sesi ujian hari ini, Bastianini menyifatkan prestasinya sebagai 'luar biasa' dan pastinya ia mendorong beliau untuk memberikan yang terbaik pada musim akan datang.
"Luar biasa untuk saya dan pasukan tapi hari ini adalah sesi ujian. Saya perlu memperbaiki cara untuk lebih pantas ketika di selekoh," katanya pada sidang media.
Sementara itu, Espargaro berkata beliau berpuas hati dengan prestasi keseluruhan pada dua hari sesi ujian pramusim and bertekad untuk berada dalam kelompok enam pelumba terbaik pada akhir musim perlumbaan kali ini, selepas menduduki tempat kelapan tahun lepas.
Pada masa sama, Quartararo yang mewakili Monster Energy Yamaha MotoGP kurang menyerlah pada hari terakhir sesi ujian di sini apabila beliau sekadar mencatat 1:58.313s pada pusingan ke-12 daripada 54 pusingan yang dilakukannya pada hari terakhir untuk menduduki tempat ketujuh.
Juara enam kali Marc Marquez dari Repsol Honda Team pula mencatatkan 1:58.332s pada pusingan kelapan untuk menduduki tempat kelapan manakala juara musim 2020 Joan Mir dari Team Suzuki Ecstar terpaksa berpuas hati di tempat ke-12 dengan 1:59.067s.
Semua pelumba dan pasukan akan ke Litar Mandalika, Indonesia untuk sesi ujian pramusim berikutnya yang akan berlangsung selama tiga hari bermula 11 hingga 13 Feb ini.
Perlumbaan MotoGP 2022 akan membuka tirai pada 4-6 Mac di Litar Antarabangsa Losail, Doha, Qatar.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 06 2022
Bastianini mencatat satu minit 58.131 saat dalam pusingan ke-13 daripada 25 pusingan, untuk memadam rekod sebelumnya 1:58.303s dilakukan oleh penyandang juara Fabio Quartararo pada 2019. - Gambar/ Facebook@Bestia33
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Pemandu Mercedez terbakar, juga suspek langgar lari motorsikal
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motorsikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan usul perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
MotoGP: Jorge Martin akhiri musim penuh gaya bergelar juara
Jorge Martin berjaya mengakhiri perlumbaan di podium tertinggi kejuaraan berprestij itu.
Barcelona mungkin anjur perlumbaan kemuncak MotoGP 2024 - Dorna Sports
Ezpeleta berkata mereka sedang berbincang dengan kerajaan Catalonia untuk mengadakan perlumbaan terakhir di lokasi berkenaan.
MotoGP perlumbaan Barcelona agak mencabar - Bagnaia
Pelumba kelahiran Itali itu mengakui cabaran Litar de Catalunya selepas melalui pengalaman terjatuh di litar berkenaan pada Jun lalu.
PM Anwar hadir pada perlumbaan GP Malaysia 2024
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa hadir ke perlumbaan Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia 2024 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di sini.
Malaysia bukan destinasi kemuncak MotoGP - Azhan
Litar Antarabangsa Sepang (SIC) berkemungkinan tidak menganjurkan pusingan kemuncak Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) yang sepatutnya berlangsung di Valencia.
MotoGP: Khairul Idham Pawi patah tangan kiri, terlepas perlumbaan sebenar esok
Khairul Idham Pawi dan Helmi Azman terlibat dalam kemalangan pada penghujung perlumbaan pusingan kelayakan 1 bagi kelas Moto2 MotoGP Malaysia.
MotoGP: Bagnaia pecahkan rekod sepusingan SIC, duduki petak pertama
Juara Dunia Francesco Bagnaia yang sekali lagi mencatatkan rekod baharu sepusingan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di Sepang.
FIM MiniGP Malaysia: Qabil Irfan sedia gegar Sepang
Walaupun masih berusia 12 tahun, dia optimis dengan latihan yang secukupnya mampu meningkatkan penggalamannya.
Moto GP 2024 di Argentina dibatalkan akibat krisis ekonomi
Moto GP Argentina 2024 terpaksa dibatalkan berikutan krisis ekonomi yang melanda negara itu.
Tindakan agresif Damok 'makan diri' di Sepang
Tindakan agresif pelumba Moto3 negara Syarifuddin Azman pada aksi perlumbaan Grand Prix Motosikal Malaysia 2023, memakan diri sendiri.