awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
Mahkamah benar lanjutan masa tiga bulan sekat PSI guna AS$340 juta dikaitkan 1MDB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MotoGP: Khairul Idham Pawi patah tangan kiri, terlepas perlumbaan sebenar esok

Bernama
Bernama
02/11/2024
11:40 MYT
MotoGP: Khairul Idham Pawi patah tangan kiri, terlepas perlumbaan sebenar esok
Khairul Idham mengalami patah tangan kiri selain cedera di bahagian kaki dan tidak dapat bersaing esok. - Foto Stadium Astro
SEPANG: Nasib malang menimpa pelumba wildcard negara Khairul Idham Pawi dan Helmi Azman selepas kedua-dua pelumba itu terlibat dalam kemalangan pada penghujung perlumbaan pusingan kelayakan 1 bagi kelas Moto2 di MotoGP Grand Prix (GP) Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang, di sini hari ini.
Dalam sesi kelayakan tersebut, kedua-dua pelumba pasukan Petronas MIE Racing RW terlibat dalam insiden itu apabila jentera Helmi hilang kawalan di selekoh lapan sebelum dilanggar oleh Khairul Idham, yang lebih dikenali sebagai 'SuperKIP', yang pada ketika itu mengekori rapat di belakang.
Pengurus pasukan Razmin Masli Abdul Razak berkata Khairul Idham mengalami patah tangan kiri selain cedera di bahagian kaki dan tidak dapat bersaing esok manakala Helmi tidak mengalami kecederaan serius dan dapat meneruskan saingan.
"Khairul Idham patah tangan selepas ujian imbasan sinar-X dan kecederaan itu disahkan di pusat perubatan. Namun, untuk kecederaan di kaki, dia masih perlu menjalani ujian CT Scan. Helmi pula tidak mengalami kecederaan serius, cuma kecederaan ringan.
"Harap dia (Helmi) dapat teruskan aksi seperti biasa esok," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Sementara itu, pemilik MIE Racing Midori Moriwaki menyuarakan keyakinan bahawa Helmi akan dapat menampilkan tunggangan terbaiknya dalam perlumbaan esok walaupun terlibat dalam kemalangan.
"Saya tahu dia teruja untuk berlumba dan saya pasti Helmi akan memberikan yang terbaik untuk Jalur Gemilang dan juga untuk penaja Petronas," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MotoGP
#Khairul Idham Pawi
#kemalangan
#Helmi Azman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan