awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mourinho akan bersama United sehingga 2021, dengan syarat...

Israr Khalid
Israr Khalid
07/01/2018
21:02 MYT
Mourinho akan bersama United sehingga 2021, dengan syarat...
JOSE MOURINHO akan kekal menjadi Pengurus Manchester United hingga 2021. - Gambar fail Reuters
JOSE Mourinho akan meneruskan komitmennya sebagai pengendali Manchester United dengan menandatangani kontrak lanjutan sehingga 2021.
Bagaimanapun beliau meletakkan syarat, iaitu Naib Pengerusi Eksekutif kelab itu, Ed Woodward perlu menunaikan setiap permintaannya untuk membawa masuk pemain sasaran utamanya bagi memperkukuh skuad.
United melantik The Special One sebagai menggantikan Louis van Gaal pada Mei 2016, bagaimanapun bekas pengurus Chelsea dan Real Madrid itu dikatakan mahu meninggalkan Old Trafford.
Pengendali berusia 54 tahun dari Portugal itu dikhabarkan tidak gembira dengan struktur kelab, ditambah keengganan Woodward memperuntukkan 80 juta Pound yang diperlukannya untuk membawa masuk pemain baharu bulan ini.
Dia mahu lebih berperanan dan berpengaruh dalam keputusan pengurusan kelab sekiranya mereka mahu dia kekal bersama The Red Devils.
Bulan lepas, Mourinho mengadu bahawa 300 juta Pound yang dibelanjakannya untuk membawa masuk pemain besar seperti Paul Pogba dan Romelu Lukaku tidak cukup untuk membentuk pasukan yang mampu mengatasi musuh tetangga, Manchester City dan memenangi Liga Perdana.
Khabar angin mengatakan antara pemain yang menjadi sasaran Mourinho adalah Mesut Ozil dari Arsenal.
Topic Berkaitan
#Arsenal
#Ed Woodward
#Jose Mourinho
#kontrak
#Liga Perdana Inggeris
#Louis van Gaal
#Manchester City
#Manchester United
#Mesut Ozil
#Old Trafford
#Paul Pogba
#Romelu Lukaku
#The Special One
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan