awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Hong Kong mula dengar rayuan mitigasi taikun media, Jimmy Lai sebelum hukuman dijatuhkan
Iran isytihar 3 hari berkabung nasional untuk “syuhada” mangsa protes
Syria pulihkan bekalan air ke Aleppo selepas gangguan oleh SDF
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mourinho berjanji Chelsea akan bangkit dalam Piala Liga

AFP
AFP
25/01/2015
02:57 MYT
Mourinho berjanji Chelsea akan bangkit dalam Piala Liga
Mourinho mengaku sebelum perlawanan bahawa peluang terbaik Chelsea untuk memenangi Liga Perdana adalah dengan keluar daripada tiga pertandingan piala yang dipertandingkan.
Pengurus pasukan bola sepak Chealsea, Jose Mourinho menegaskan pasukannya akan segera bangkit selepas kalah menentang Bradford semasa perlawanan Piala FA.
Mourinho bagaimanapun mensia-siakan sebagai pendahulu Liga Perdana dengan kelebihan dua gol, selepas kalah 4-2 di Stamford Bridge, pada Sabtu.
Kekalahan Chealsea itu mengakhiri usaha mereka untuk memenangi semua empat trofi utama yang ditawarkan musim ini.
Namun begitu, Chelsea masih mempunyai peluang apabila mereka akan bertemu Liverpool di Piala Liga separuh akhir kedua pada Selasa selepas seri perlawanan pertama di Anfield 1-1 minggu lepas.
Mourinho percaya kebanyakan pemainnya tidak terjejas selepas kekalahan menentang Bradford apabila beliau membuat pertukaran sebanyak lapan kali semasa Liga Pertama.
"Adakah ini memberi kesan kepada perlawanan akan datang? Saya tidak tahu kerana kebanyakan pemain tidak terlibat secara langsung dalam permainan, saya tidak fikir ini pemain boleh terjejas," kata Mourinho.
"Saya tidak fikir (Branislav) Ivanovic, (Nemanja) Matic, Diego (Costa); pemain yang tidak terlibat dalam permainan boleh terjejas.
"Tetapi ia adalah pasukan kami dan kami tewas di tempat sendiri menentang pasukan divisyen lebih rendah. Ianya memberi impak yang lebih positif daripada negatif. Kami perlu menang pada perlawanan akan datang," tambah Mourinho.
Mourinho mengaku sebelum perlawanan bahawa peluang terbaik Chelsea untuk memenangi Liga Perdana adalah dengan keluar daripada tiga pertandingan piala yang dipertandingkan.
Namun begitu Mourinho berkata dia mengambil berat mengenai Piala FA walaupun kalah dalam satu perlawanan yang paling diingati.
"Saya merasa malu dan saya rasa pemain saya juga berasa sama seperti yang saya rasa.
"Saya tidak memilih pertandingan namun pertandingan yang paling penting sekarang ialah Piala Liga kerana ia adalah perlawanan seterusnya kita bermain," tambah Mourinho.
Topic Berkaitan
#Bradford
#Chealsea
#Jose Mourinho
#kalah
#Liga Perdana
#Piala FA
#Piala Liga
#trofi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan