JOSE Mourinho menjangkakan Zlatan Ibrahimovic akan sempat cergas untuk pertemuan getir dengan Liverpool hujung minggu ini.
Ibrahimovic sekadar menjadi pemerhati ketika Manchester United menentang Hull City dalam pertemuan pertama separuh akhir Piala Liga Inggeris (EFL), awal pagi tadi yang menyaksikan Juan Mata dan Marouane Fellaini mengesahkan kemenangan 2-0 United.
Penggempur berpengalaman itu menghasilkan 18 gol daripada 28 perlawanan dalam semua pertandingan musim ini, namun direhatkan akibat masalah kecederaan.
Mourinho tidak nampak situasi itu sebagai isu tatkala dia cuba merapatkan jurang lima mata di antara skuadnya yang berada di ranking keenam dengan Liverpool yang kini menghuni tangga kedua Liga Perdana Inggeris (EPL).
"Zlatan tidak sihat, tiada masalah kerana saya fikir dia tidak apa-apa," kata Mourinho dalam sejurus tamat perlawanan awal pagi tadi dan menjelaskan pemain pertahanan, Marcos Rojo, dalam keraguan untuk pertemuan hujung minggu ini akibat masalah otot.
Dengan ketiadaan Ibrahimovic, United bergelut untuk memberi tekanan ke atas Hull di dalam kotak penalti.
Fellaini yang tidak digemari peminat di Old Trafford, melonjak tinggi untuk menanduk masuk hantaran lintang Matteo Darmian untuk melepasi jangkauan Eldin Jakupovic.
Fellaini meraikan jaringannya dengan meluru ke arah pengurusnya itu yang kemudian bertindak memujinya.
Disoal sama ada dia telah membantu Fellaini dalam beberapa minggu kebelakangan ini, Mourinho berkata: "Ya, sebab itulah saya di sini. Dia seorang yang memiliki mentaliti yang kuat dan dia menghadapi situasi itu dengan baik.
"Dia tidak gentar untuk beraksi di perlawanan berikutnya selepas aksi menentang Everton (kerana menghadiahkan penalti).
"Dia sangat menakjubkan ketika menentang Reading (kemenangan 4-0 dalam Piala FA). Dia tahu dia adalah pemain penting buat saya."
Astro Arena
Wed Jan 11 2017
Dengan ketiadaan Ibrahimovic (gambar), United bergelut untuk memberi tekanan ke atas Hull di dalam kotak penalti. - Foto REUTERS
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala EFL: Jurgen Klopp gembira Liverpool lolos walaupun perit
Jurgen Klopp memuji keinginan tinggi pemainnya selepas Liverpool menempah tempat ke suku akhir Piala Liga Inggeris (EFL).
Piala EFL: Man United makin hampir tamat kemarau gelaran
Rashford meledak dua gol untuk melengkapkan kemenangan United, selepas Antony memecah kebuntuan ketika berdepan Charlton Athletic.
EFL: Newcastle layak ke separuh akhir buat kali pertama sejak 1976
Newcastle perlu menunggu terlebih dahulu bagi undian separuh akhir.
Piala EFL: Sentuhan berbisa Jota bawa Liverpool ke final
Jota telah memberikan saingan sengit kepada Roberto Firmino untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama.
Piala EFL: Laporte yakin City bakal julang lebih banyak gelaran
Laporte merupakan peledak gol kemenangan ke atas Tottenham di Wembley semalam, menanduk masuk jaringan tunggal hasil sepakan percuma Kevin De Bruyne pada minit ke-82.
Cadangan Liga Super Eropah satu gerakan menggertak UEFA - Shahrim Tamrin
Wartawan bebas sukan, Shahrim Tamrin melihat gerakan ini adalah tindak balas kepada kebobrokan yang sekian lama berlaku dalam badan induk bola sepak Eropah itu.
Liverpool diarah bayar 'pampasan tertinggi' untuk Harvey Elliott
Elliott menandatangani kontrak profesional pertamanya bersama The Reds ketika berusia 17 tahun pada Julai 2020.
Tiada jalan mudah buat Tottenham, kata Jose Mourinho
Spurs di ambang kekalahan EPL ketiga berturut-turut buat pertama kalinya sejak November 2012 yang ketika itu di bawah kendalian Andre Villas-Boas.
Piala EFL: United, City bertemu di separuh akhir, Spurs raih jalan mudah
City menang 3-2 secara agregat ke atas United musim lalu, menang 3-1 di Old Trafford, di mana hanya satu perlawanan sahaja akan menentukan tempat ke final kali ini.
Piala EFL: Solskjaer akui Manchester United masih terkial-kial cari rentak
Smalling disisihkan daripada skuad United yang menundukkan Luton Town 3-0 dalam pusingan ketiga Piala Liga Inggeris (EFL), awal pagi tadi.