EMMANUEL ADEBAYOR mendakwa Jose Mourinho telah memarahi setiap orang di dalam bilik persalinan Real Madrid, termasuk Cristiano Ronaldo.
Pemain kebangsaan Togo itu menghabiskan separuh kedua musim 2010-11 secara pinjaman di Santiago Bernabeu ketika Jose Mourinho masih mengendalikan pasukan itu.
Adebayor mendedahkan situasi di bilik persalinan ketika Mourinho melepaskan kekecewaannya terhadap bintang Portugal itu.
"Di Real Madrid, ketika kami sedang mendahului 3-0 dalam separuh masa, Mourinho masuk ke bilik persalinan dan 'hilang akal'.
"Dia menendang peti ais, menendang televisyen dan menyimbah air.
"Dia memarahi setiap orang.
"Saya masih ingat ketika dia memarahi Ronaldo.
"Dia berkata 'Setiap orang menganggap kamu sebagai pemain terbaik dunia dan kamu beraksi buruk. Tunjukkan yang kamu adalah pemain terbaik'.
"Cristiano menerimanya. Ronaldo telah menjaringkan hatrik, namun dia masih bercakap mengenai satu peluang yang disia-siakan pemain itu," katanya kepada Sportsmail.
Adebayor turut mendedahkan usaha luar biasa Ronaldo sewaktu menjalani latihan di Madrid.
"Dia berlatih bersama kami di Real Madrid seolah-olah dia berlatih dengan anak-anaknya.
"Melakukan hantaran dengan belakang badannya, mengawal bola dengan lehernya dan pernah sekali memegang bola selama lima saat dengan hanya satu sentuhan! Bagaimana perkara seperti itu boleh terjadi?
"Sewaktu di gim, Sergio Ramos dan saya merupakan yang terkuat.
"Tetapi Ronaldo datang dan berkata 'kamu fikir ia sukar?'.
"Kami melakukan lima dalam setiap kali, namun dia melakukan 30," katanya lagi.
Astro Arena
Fri Apr 26 2019

Mourinho dikatakan seperti 'hilang akal' ketika masuk ke bilik persalinan. - Gambar fail/Instagram: @josemourinho.utd

Liga Perdana | Amer Saidin ke Sarawak United
Dari pasukan Liga Super ke Liga Perdana. Bekas pertahanan Johor Darul Takzim Amer Saidin tidak anggap reputasinya sebagai pemain ternama dalam kancah Liga Malaysia terjejas walaupun akan beraksi bersama Sarawak United musim ini.

AWANI Ringkas: MetMalaysia keluar amaran cuaca waspada | Minyak sawit: Malaysia fail saman terhadap EU

COVID-19: Angka korban dunia melebihi 2 juta
Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 390,000 kes.

Perpindahan Ozil ke Turki 'belum ada yang pasti' - Arteta
Ozil, yang bakal tamat kontrak penghujung musim ini, telah dikaitkan dengan penghijrahan menyertai gergasi Turki.

Saringan COVID-19 yakinkan NGO bantu mangsa banjir - Ahli Parlimen Jerantut
Saringan COVID-19 yang perlu dijalankan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebelum memberi bantuan kepada mangsa banjir memberi lebih keyakinan kepada petugas berkenaan dalam isu keselamatan.

AWANI Ringkas: Banjir makin reda | PKP di Sibu bermula

COVID-19: Influencer antara golongan pertama terima vaksin di Indonesia
Sementara seluruh dunia bercadang mengutamakan petugas kesihatan dan golongan warga emas untuk mendapatkan suntikan vaksin menentang COVID-19, Indonesia mengambil pendekatan yang sedikit berbeza.

PKP: Penjaja minta kerajaan pertimbang kebenaran operasi pasar malam
GPPPKMM berkata pihaknya akan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi membolehkan pendapatan terus dijana dalam tempoh sukar ini.

PKP 2.0: Pematuhan SOP tinggi dalam kalangan masyarakat di ibu negara - Polis
Hari ketiga Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyaksikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) semakin meningkat dalam kalangan masyarakat terutamanya di ibu negara.

Gudang terbakar, enam pekerja berjaya diselamatkan
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada jam 12.46.

Perpindahan Ozil ke Turki 'belum ada yang pasti' - Arteta
Ozil, yang bakal tamat kontrak penghujung musim ini, telah dikaitkan dengan penghijrahan menyertai gergasi Turki.

Enam pasukan peroleh lesen penuh kelab kebangsaan
Enam pasukan Liga Malaysia yang diberi lesen kelab kebangsaan secara bersyarat berjaya memenuhi syarat memperoleh lesen kelab kebangsaan.

Fauzi beri KAFA 30 hari selesai tuntutan gaji
Dia menggesa tuntutan penuhnya diselesaikan KAFA dalam tempoh 30 hari seperti yang ditetapkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Norhafiz Zamani umum persaraan, ceburi bidang kejurulatihan
Dengan mengumumkan persaraannya pada usia 40 tahun, bekas pertahanan Negeri Sembilan itu akan membuka lembaran baru sebagai penolong jurulatih di Akademi Mokhtar Dahari (AMD).

FAM nafi Kelantan FC dikenakan pemotongan mata
FAM menafikan Setiausaha Agungnya Stuart Ramalingam ada membuat kenyataan sedemikian ketika dihubungi wartawan.

KAFA bertanggungjawab sepenuhnya terhadap tuntutan gaji 11 bekas pemain
Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap tuntutan tunggakan gaji daripada 11 bekas pemain pasukan bola sepak Kelantan (Kelantan FC).

Harimau Malaya buntu tanpa persediaan optimum
Pasukan bola sepak negara tidak mempunyai pilihan selain terpaksa meneruskan cabaran pada pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, tanpa persediaan optimum.

Tunggakan gaji pemain: Kelantan FC berdepan tindakan pemotongan mata
Keputusan itu dicapai pada Jawatankuasa Status FAM dan bakal dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib FAM.

17 jawatan jadi rebutan pada kongres ke-57 FAM
Sebanyak 17 jawatan bakal dipertandingkan pada pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi penggal 2021-2025.

Kafa, MUSA diarah jelaskan tunggakan gaji pemain
Keputusan tersebut dicapai jawatankuasa itu yang bermesyuarat pada Khamis lepas.