awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Izara Aishah hamil cahaya mata ketiga
“Adakah kamu syaitan itu sendiri?” - Epstein disoal dalam rakaman temu bual baharu didedahkan
Khamenei beri amaran kepada AS serangan akan mencetuskan perang serantau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mourinho tidak jangkakan perubahan pada jendela perpindahan

Astro Arena
Astro Arena
17/12/2016
04:21 MYT
Mourinho tidak jangkakan perubahan pada jendela perpindahan
MOURINHO: Saya suka skuad saya!
JOSE MOURINHO tidak menjangka sebarang pendatang baru di Manchester United pada musim perpindahan bulan Januari, kecuali jika mereka menjual pemain lain terlebih dahulu.
Pengurus United baru-baru ini mendedahkan bahawa dia akan terbuka untuk menjual sesiapa sahaja yang tidak gembira berada di Old Trafford, dengan Morgan Schneiderlin dan Memphis Depay dipercayai berminat untuk meninggalkan The Red Devils.
Penghijrahan pemain itu mungkin memaksa United untuk memasuki pasaran perpindahan dan menambah barisan mereka, tetapi Mourinho tidak mempertimbangkan sebarang tawaran buat masa ini.
"Saya senyap dan tenang. Saya akan melihat apa yang berlaku," kata pengurus Portugis itu, yang pasukannya akan membuat perhitungan dengan West Brom, malam ini.
"Seperti yang saya katakan, saya suka untuk mengekalkan skuad yang sama.
"Tetapi seperti yang saya katakan dan saya ulangi, sebagai pengurus saya tidak merasakan bahawa saya mempunyai hak untuk menghentikan sesiapa yang mencuba untuk menjadi lebih bahagia dan memberi arahan yang berbeza untuk kerjaya mereka.
"Jika keadaannya tepat untuk kelab dan ketika itu tiba bulan Januari, maka kami akan bertindak.
"Mari kita lihat apa yang berlaku, tetapi pada masa ini, jika anda bertanya kepada saya jika saya sedang menunggu seseorang untuk berada di sini pada hari pertama bulan Januari atau jika kami sedang mengejar beberapa pemain kerana kami mahu mempunyai pemain baru di sini pada hari pertama bulan Januari , tidak sama sekali.
"Saya suka skuad saya, saya percaya skuad saya."
Topic Berkaitan
#bola sepak
#jose mouroinho
#Manchester United
#Old Trafford
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan