awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mourinho tidak kisah kalau gagal dapat Pogba

Astro Arena
Astro Arena
22/07/2016
07:44 MYT
Mourinho tidak kisah kalau gagal dapat Pogba
Sedang Mourinho memberikan petunjuk kuat untuk mendapatkan pemain itu, pengurus kelahiran Portugal itu bagaimanapun menegaskan mereka masih mengintai peluang lain. - Foto AFP / FRANCK FIFE
PENGURUS Manchester United, Jose Mourinho, menegaskan mereka tidak terlalu fokus dengan pembelian seorang pemain susulan laporan mengatakan kelab itu sedia membelanjakan lebih GBP100 juta (RM537 juta) untuk mendapatkan kembali Paul Pogba.
United dikhabarkan telah menawarkan GBP85 juta (RM456 juta), namun tawaran itu ditolak serta-merta oleh Juventus yang bertekad mengekalkan pemain itu di Itali.
Sedang Mourinho memberikan petunjuk kuat untuk mendapatkan pemain itu, pengurus kelahiran Portugal itu bagaimanapun menegaskan mereka masih mengintai peluang lain.
"Kami telah mensasarkan empat pemain. Ketika ini kami berjaya mendapatkan tiga dan hanya seorang pemain lagi yang kami perlukan," jelas Mourinho yang berjaya mendapatkan khidmat Zlatan Ibrahimovic, Henrikh Mkhitaryan dan Eric Bailly.
"Kami telah membuat profil empat pemain yang akan membantu mengukuhkan pasukan ini, terutama dalam aspek menyesuaikan diri dengan taktikal saya.
"Ketika ini, semua orang bercakap mengenai seorang pemain (Pogba) tetapi saya tidak terkejut jika pemain yang keempat itu bukan dia kerana kami mencari pemain yang menepati profil yang kami tetapkan.
"Kami ada dua pilihan ketika ini."
Mourinho, bagaimanapun, sedar Juventus mahu pemain itu kekal beraksi dalam Serie A.
"Kami tahu dia miliki sebuah kelab besar yang memiliki kewangan kukuh dan sudah pasti akan cuba memastikan pemain terbaik mereka kekal.
"Tetapi kami juga tahu dia menjadi sasaran kelab lain.
"Ini bukan perlumbaan mendapatkan seorang pemain tetapi percubaan untuk mencari yang terbaik di pasaran," tambahnya.
Manchester United ketika ini berada di China untuk bersaing dalam Piala Juara Antarabangsa dan akan berdepan Borussia Dortmund pada Jumaat sebelum bertemu Manchester City pada Isnin.
Topic Berkaitan
#Jose Mourinho
#Louis van Gaal
#Manchester United
#Paul Pogba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan