awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Moyes dilantik pengurus baru West Ham

Ian Johan Ariff
Ian Johan Ariff
07/11/2017
10:01 MYT
Moyes dilantik pengurus baru West Ham
Di Sunderland, Moyes meletak jawatan selepas gagal menyelamatkan skuad itu daripada penyingkiran selain mempunyai hubungan yang dingin dengan pemain-pemain The Black Cats. - Foto AP
BEKAS pengurus Everton dan Manchester United, David Moyes dilantik sebagai pengurus West Ham United yang baru menggantikan Slaven Bilic yang dipecat pada Isnin.
Sepanjang 11 tahun di Everton, Moyes memenangi anugerah pengurus terbaik LMA sebanyak tiga kali dan skuad the Toffees menduduki tangga lapan pasukan terbaik sebanyak sembilan kali.
Namun, Moyes hanya diberi peluang selama 10 bulan di United sebelum dipecat akibat prestasi buruk skuad the Red Devils walaupun menandatangi kontrak enam tahun bersama skuad itu.
Moyes kemudian ke Sepanyol untuk menjadi pengurus Real Sociedad namun dipecat selepas setahun bertugas.
Di Sunderland, Moyes meletak jawatan selepas gagal menyelamatkan skuad itu daripada penyingkiran selain mempunyai hubungan yang dingin dengan pemain-pemain The Black Cats.
Ujian pertama Moyes sebagai pengurus baru Hammers adalah menentang Watford pada 19 November.
West Ham kini berada di tangga ke-18 liga perdana Inggeris dengan sembilan mata daripada sebelas perlawanan selain gawang mereka dibolosi sebanyak 23 kali.
Topic Berkaitan
#David Moyes
#Everton
#Hammers
#Liga Perdana Inggeris
#LMA
#Manchester United
#Premier League
#Real Sociedad
#sepanyol
#Slaven Bilic
#The Black Cats
#Watford
#West Ham United
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan