awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jajaran sempadan Malaysia-Indonesia: Malaysia dapat tambahan kawasan 780 hektar - PM Anwar
KKDW nilai cadangan sokongan bagi usahawan profesional buka klinik fisioterapi luar bandar
Dr Akmal masih jalankan tugas Exco Melaka seperti biasa - KM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Moyes menyukarkan dirinya sendiri ketika di United

Astro Arena
Astro Arena
26/12/2016
03:44 MYT
Moyes menyukarkan dirinya sendiri ketika di United
Robson berkata, Moyes (gambar) memiliki peruntukan sebanyak GBP250 juta untuk dibelanjakan sebelum saingan bermula, dan menyoal kenapa dia tidak menggunakannya sebaik mungkin. - Gambar fail
BEKAS kapten Manchester United, Bryan Robson, percaya bekas pengurus, David Moyes, menyukarkan hidupnya sendiri dengan menggantikan staf kejurulatihan yang berpengelaman di bawah kendalian Alex Ferguson ketika tiba di Old Trafford pada 2013.
Moyes, yang kini mengendalikan Sunderland, tiba di Old Trafford buat pertama kali sejak dipecat pada April 2014, dengan Robson mempersoalkan keputusan Moyes mengetepikan khidmat jurulatih seperti Mike Phelan, Rene Meulensteen dan Eric Steele sebulan selepas United menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) di bawah pimpinan Ferguson.
Dengan berbekalkan kontrak selama enam tahun, Moyes gagal menghabiskan kempen selama satu musim sebelum digantikan oleh Louis Van Gaal dan Robson percaya beliau yang menyukarkan keadaannya sendiri ketika waktu itu.
"Moyes menerima tugas terbesar di dunia dengan menggantikan pengurus paling berjaya di dunia tetapi beliau memerlukan bantuan yang betul," kata Robson.
"Saya tidak mahu menghukumnya sebelum beliau kembali ke Old Trafford tetapi mempersoalkan keputusan yang diambilnya ketika mengendalikan United.
"Kesilapan terbesarnya adalah untuk membawa staf kejurulatihannya sendiri - dan mereka tidak pernah memenangi apa-apa sebagai jurulatih.
"Pada Moyes, ia merupakan keputusan yang tepat. Tetapi staf di bawah pengurusan Alex - mereka tahu skuad dengan lebih terperinci, mereka memahami pasukan itu."
Terdapat kenyataan bahawa Moyes telah ditinggalkan dengan pasukan yang berusia dan tidak berkualiti,
Sebaliknya, Robson berkata, "Tiada apa masalah dengan skuad itu. Mereka baru sahaja memenangi takhta liga dengan kelebihan 11 mata.
"Moyes memiliki peruntukan sebanyak GBP250 juta untuk dibelanjakan sebelum saingan bermula, jadi mengapa tidak menggunakannya dengan sebaik mungkin?
"Beliau membeli Marouane Fellaini dan Juan Mata tetapi mereka tidak memberikan sebarang impak kepada pasukan ketika itu."
Topic Berkaitan
#Bryan Robson
#David Moyes
#Manchester United
#Old Trafford
#Sunderland
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan