awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

M'sia, pasukan perlu ditewaskan pada Liga Hoki Dunia - Jurulatih S'pura

Bernama
Bernama
20/01/2015
00:00 MYT
M'sia, pasukan perlu ditewaskan pada Liga Hoki Dunia - Jurulatih S'pura
Pemain Malaysia, Muhammad Haziq Shamsul dihalang pemain Oman pada perlawanan peringkat kumpulan A saingan pusingan kedua Hoki Liga Dunia 2015 di Stadium Hoki Sengkang pada Isnin. Malaysia tewaskan Oman 7-0. - fotoBERNAMA
Jurulatih Singapura Solomon Cassojee menyifatkan Malaysia sebuah pasukan yang mempunyai nama besar dan berpengalaman dalam saingan Pusingan Kedua Kejohanan Liga Hoki Dunia 2015 di sini.
Cassojee berkata bukan mudah menewaskan Malaysia jika anak buahnya tidak memperbaiki kemahiran mereka yang dilihat masih ketinggalan berbanding lawannya itu.
"Kami tidak mempunyai kemahiran (setanding Malaysia). Jika hendak menewaskan Malaysia, kami perlu lebih bagus dari segi kemahiran. Berdepan pasukan yang memiliki nama besar, kemahiran kawalan bola juga perlu lebih bagus daripada perlawanan pada Isnin.
"Malaysia berbeza dengan Singapura, mereka berlatih sekurang-kurangnya lima jam sehari...kami tidak seperti mereka. Mereka lebih bagus," katanya kepada pemberita selepas perlawanan menentang Ukraine di Stadium Hoki Sengkang di sini, Isnin.
Singapura kalah 1-2 kepada Ukraine dan akan berdepan Malaysia pada perlawanan seterusnya Kumpulan A, esok.
Gol Singapura dijaringkan oleh Muhammad Haseef Salim pada minit ke-47, manakala dua gol Ukraine menerusi Oleksandr Diachenko (minit ke-44) dan Viacheslav Paziuk (minit ke-56).
Ketua pasukan Singapura, Enrico Marican berkata walaupun tewas dua kali, cabaran pasukan tersebut pada kejohanan berkenaan belum berakhir kerana mereka masih mempunyai masa menampilkan kemampuan sebenar.
"Kami perlu bekerja keras. Apa yang berlaku, sudah berlaku...sekarang, fokus kami kepada cabaran seterusnya, berdepan Malaysia," katanya.
Topic Berkaitan
#Kejohanan Liga Hoki Dunia 2015
#Malaysia
#Singapura
#Solomon Cassojee
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan