ISKANDAR PUTERI: Pemain sayap negara Muhammad Akhyar Abdul Rashid amat berpuas hati selepas meledak dua gol dalam dua kemenangan penting skuad Harimau Malaya pada jendela perlawanan antarabangsa Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) di sini bulan ini.
Muhammad Akhyar berkata rasa puas itu disebabkan beliau jarang mendapat peluang beraksi sekali gus tidak berpeluang menampilkan potensi sebenar yang dimiliki.
"Bagi saya untuk dua perlawanan ini, disebabkan saya jarang dapat main (jadi) saya puas hati sangat kerana dua gol dalam dua perlawanan. Untuk perlawanan berikutnya saya akan buat lebih baik, saya tak rasa bermain dengan sangat baik dalam dua perlawanan ini tetapi saya cuba buat apa yang terdaya.
"Saya terharu, terima kasih kepada keseluruhan pasukan kerana berikan dorongan walaupun saya jarang dapat bermain, itu lah yang saya boleh buat, saya bagi 100 peratus dalam permainan," katanya ketika ditemui selepas aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 menentang Hong Kong di sini malam tadi.
Pada aksi tersebut, pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) berusia 24 tahun itu mencetak nama sebagai seorang daripada penjaring selain Mohamad Faisal Abdul Halim untuk membantu Malaysia merakam kemenangan 2-0.
Bekas pemain Kedah itu sebelum ini muncul wira pasukan negara yang menewaskan Turkmenistan 1-0 selepas meledak gol kemenangan di venue sama, Khamis lepas.
Mengulas mengenai tahap kecergasannya serta keupayaan mengekalkan rentak setiap kali dipanggil menyarung jersi negara di sebalik jarang beraksi, Muhammad Akhyar berkata antara rahsianya ialah menjaga makan dan minum, selain beliau mengakui minit permainan faktor beliau tidak begitu cergas.
"Saya jaga makan dan minum, saya tidak cukup cergas disebabkan tidak cukup minit (permainan) tetapi saya cuba buat yang bagus dalam latihan," katanya.
Beliau berkata situasi dihadapinya ketika ini sama sekali tidak mematahkan semangatnya.
Muhammad Akhyar belum berjaya menembusi kesebelasan utama JDT dalam lima perlawanan Liga Super 2023 setakat ini dengan hanya diturunkan sebagai pemain gantian dalam dua kemenangan Harimau Selatan masing-masing ke atas Negeri Sembilan dan Kelantan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 29 2023
Muhamad Akhyar Abdul Rashid meraikan jaringan bersama rakan sepasukan pada Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Tier 1 antara pasukan Harimau Malaya menentang pasukan Hong Kong malam tadi. - Foto BERNAMA
Anugerah Media Digital Asia 2024 iktiraf agensi berita gunakan strategi media digital
Ia menerima 136 penyertaan tahun ini daripada pelbagai agensi berita serta media di rantau Asia termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia.
Lapan mangsa tragedi selamat dikebumikan
Kesedihan ahli keluarga dan waris mengiringi perjalanan terakhir mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak di beberapa lokasi pengebumian di seluruh negara pada malam Rabu.
Nahas helikopter: JKM Perak beri bantuan kaunseling kepada keluarga mangsa
Salbiah berkata pihak JKM telah melawat tiga keluarga mangsa dari Perak iaitu di Selama, Lekir dan Sitiawan.
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: Misi melalui perairan antarabangsa, bukan Israel
Peguam, Huwaida Arraf memaklumkan misi ini akan melalui perairan antarabangsa sebelum memasuki kawasan perairan Palestin.
Freedom Flotilla to Gaza: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
Lapan mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas selamat dikebumi
Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan kesedihan ahli keluarga dan waris yang mengiringi perjalanan terakhir mangsa.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Lapan mangsa selamat dikebumi
Suasana sedih dan pilu menyelubungi majlis pengebumian lapan daripada 10 jenazah mangsa nahas berkenaan.
Nahas helikopter: Pulau Pinang sedia bantu keluarga Muhammad Firdaus
Chow tidak memperinci bentuk bantuan yang bakal disalur namun memberitahu akan melawat keluarga Allahyarham di Pantai Jerejak hari ini.
Hujan sambut ketibaan jasad Joanna di kampung halaman
Jasad mendiang yang tiba dalam suasana rintis syahdu hujan disambut dengan istiadat ketenteraan oleh 27 pegawai dan 80 lain-lain anggota.
Amalan pemakanan tidak sihat, kurang aktiviti fizikal punca utama obesiti - Dr Dzulkefly
Amalan pemakanan yang tidak sihat dan kurang aktiviti fizikal merupakan komponen utama yang menyumbang kepada masalah obesiti, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Muhammad Akhyar sangat puas hati ledak dua gol dalam dua perlawanan
Pemain sayap negara Muhammad Akhyar Abdul Rashid amat berpuas hati selepas meledak dua gol dalam dua kemenangan penting skuad Harimau Malaya pada jendela perlawanan antarabangsa FIFA.