NILAI: Pelumba berbasikal trek negara Muhammad Fadhil Zonis sedia memimpin dua lagi pelumba Muhammad Ridhwan Sahrom dan Umar Hasbullah untuk meningkatkan prestasi sekali gus meraih pingat emas dalam acara pecut berpasukan pada kejohanan akan datang.
Menurut Muhammad Fadhil, trio negara mampu memperbaiki kelemahan masing-masing dan membentuk pasukan yang lebih mantap pada masa akan datang.
"Saya rasa prestasi kami boleh pergi lebih jauh, banyak faktor yang kami boleh gilap. Kejohanan sebelum ini di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2024 kami tak ada berlatih sangat, lebih kepada individu tapi prestasi okey.
"Kalau kita fokus memang akan ada peluang. Saya yakin kita boleh pecahkan rekod kebangsaan. Banyak faktor yang boleh ditambah baik dan mereka masih muda, banyak masa lagi, saya perlu bimbing mereka," katanya kepada pemberita di sini pada Rabu.
Muhammad Fadhil, Muhammad Ridhwan dan Umar merangkul pingat perak pada ACC di New Delhi, baru-baru ini selepas mencatatkan 44.607 saat (s), sekali gus memperbaiki pencapaian gangsa tahun lepas di Velodrome Nasional, Nilai.
Trio negara tewas kepada juara bertahan, Jepun yang dibarisi Yuta Obara, Kento Yamasaki dan Minato Nakaishi yang mempertahankan gelaran Asia dengan catatan 44.367s pada final manakala China membawa pulang gangsa selepas menewaskan pasukan tuan rumah pada penentuan tempat ketiga.
Muhammad Fadhil, Muhammad Ridhwan dan Umar telah bergandingan sejak Jun tahun lepas bermula di ACC 2023 di Nilai dan mereka terus mempamerkan prestasi memberangsangkan dengan menghadiahkan pingat gangsa ketika itu.
Sebelum ini, Muhammad Fadhil bergandingan dengan Datuk Mohd Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom dalam acara pecut berpasukan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 28 2024
Aksi Muhammad Fadhil selepas memenangi acara Men Elite Team Sprint pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia 2023 di Velodrom Nasional di Nilai, 14 Jun 2023. --Gambar fail/BERNAMA
Rebel: Tak adil kalau tak tengok, dengar komen orang dari luar saja - Awie
Awie memberitahu kisah perjuangan berkaitan kumpulan pertubuhan yang cuba diketengahkan itu sudah lama ada di dalam masyarakat, cuma tidak diketahui saja pergerakannya.
Nahas helikopter: Kementerian pertahanan, ATM aktifkan Tabung Tragedi Lumut 24
Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia menubuhkan tabung khas 'Tabung Tragedi Lumut 24' bagi orang ramai menghulurkan bantuan kewangan.
Blok Negara Islam Sedang ‘Stress’? Langsung Dialog 4 Menteri Luar – Arab Saudi, Turkiye, Jordan dan Mesir
Situasi meruncing di Gaza, konflik Iran-Israel dan ditambah pula persaingan kuat dua kuasa, Amerika Syarikat dan China dilihat terus membayangi percaturan geopolitik dan geoekonomi negara-negara Islam di Asia Barat. Menteri Luar Turkiye dan Arab Saudi antara yang tampil duduk sepentas
membincangkan apa lagi yang bakal jadi nanti.
#SpecialMeeting24
membincangkan apa lagi yang bakal jadi nanti.
#SpecialMeeting24
Tiada bukti kaitkan guru dengan kes pedofilia di MRSM Tumpat - Polis
Tiada bukti dapat dikaitkan dengan seorang guru berhubung dakwaan berlaku kes pedofilia di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tumpat.
Polis tahan pasangan kekasih, rampas pistol dan dadah bernilai RM4.73 juta
Polis menahan sepasang kekasih dipercayai terlibat kegiatan pengedaran dadah di sekitar Lembah Klang dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM4.73 juta dalam serbuan di sebuah kondominium di Pucho
Suami kongsi gambar nikah, netizen beri kata-kata semangat buat Irma Hasmie
Perkongsian Redza menimbulkan respons yang pelbagai dalam kalangan netizen. Beberapa peminat turut dilihat memberikan kata-kata semangat kepada Irma.
Kotak hitam helikopter mendarat cemas di Pulau Angsa dihantar ke Itali
Kotak hitam helikopter AW139 milik Maritim Malaysia yang melakukan pendaratan cemas di sekitar perairan Pulau Angsa, Kuala Selangor telah dihantar ke Itali.
Leftenan Muda Min Youn satu-satunya penuntut bangsa Cina tamat latihan Komando
Leftenan Muda Chan Ming Youn dari Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja menjadi satu-satunya penuntut berbangsa cina yang berjaya menamatkan Kursus Asas Komando Gerup Gerak Khas (GGK) baru-baru ini.
Kawalan sempadan dipertingkat di sempadan Malaysia-Thailand
Polis Kelantan memantau perkembangan kejadian letupan dan insiden tembak menembak di Sungai Golok awal pagi Isnin dengan meningkatkan kawalan keselamatan di sempadan negara.
Pelancongan China dijangka meningkat
Sektor pelancongan China dijangka menyaksikan lonjakan berikutan perkembangan pasaran yang dibawa oleh Festival Qingming awal bulan ini.
Muhammad Fadhil sedia pimpin skuad pecut buru emas
Menurut Muhammad Fadhil, trio negara mampu memperbaiki kelemahan masing-masing dan membentuk pasukan yang lebih mantap pada masa akan datang.