KUALA LUMPUR: Beregu lelaki meningkat naik Muhammad Haikal Nazri-Choong Hon Jian menetapkan sasaran untuk berada dalam kelompok 20 terbaik hujung tahun ini.
Muhammad Haikal berkata pencapaian menghuni 30 terbaik dunia bulan lepas melonjak semangatnya untuk memburu lebih banyak gelaran termasuk pada kejohanan bertaraf Super 750 dan Super 1000 sekali gus merealisasikan impian mengejar kedudukan tertinggi dalam karier mereka pada penghujung musim ini.
"Selama ini kami main Super 100 dan Super 300 tidak berdebar sangat. Kami berpasangan pun tak lama tetapi sudah berjaya masuk kelompok 30.
"Memang teruja mahu sertai kejohanan besar (Super 750 dan Super 1000) dan dapatkan lagi banyak gelaran. Semakin besar taraf kejohanan, semakin tinggi motivasi saya," katanya kepada pemberita selepas sesi latihan di sini semalam.
Pemain berusia 21 tahun itu berkata akan segera bangkit daripada kejatuhan memandangkan setiap pasangan mengalami pasang surut dari segi prestasi masing-masing.
Muhammad Haikal berkata mengejar kedudukan tertinggi dalam ranking dunia selain menjadi antara pasangan utama negara sememangnya menjadi misi utama beliau dan Hon Jian sejak digandingkan Ogos lepas.
Muhammad Haikal-Hon Jian setakat ini telah mengumpul tiga gelaran Jelajah Dunia bermula dengan dua kejuaraan di India masing-masing pada Cabaran Antarabangsa Syed Modi India 2023 berstatus Super 300 pada November, Masters Guwahati (Super 100) Disember lepas dan terkini, mengungguli saingan Masters Orleans 2024 di Perancis, bulan lepas.
Dalam pada itu, pemain dari Kelantan itu mengakui persaingan dalam kem beregu lelaki negara juga cukup sengit untuk merebut tempat ke Piala Thomas 2024, dijadual berlangsung pada 27 April hingga 5 Mei di Chengdu, China.
Katanya, mereka perlu berdepan cabaran juara dunia 2022 dan pasangan ranking kelima Aaron Chia-Soh Wooi Yik diikuti Man Wei Chong-Tee Kai Wun (ranking ke-18), Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani (ranking ke-19) dan Wan Muhammad Arif Wan Junaidi-Yap Roy King (ranking ke-50) dalam usaha memikat hati barisan jurulatih untuk menyenaraikan mereka ke Piala Thomas 2024.
Malaysia, yang turun selaku pilihan kelima Piala Thomas 2024 diletakkan dalam Kumpulan D bersama jaguh Eropah dan juara 2016 Denmark selain Hong Kong dan pasukan dari benua Afrika, Algeria.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 05 2024
Muhammad Haikal-Hon Jian setakat ini telah mengumpul tiga gelaran Jelajah Dunia bermula dengan dua kejuaraan di India pada November dan Disember lepas dan mengungguli saingan Masters Orleans 2024 di Perancis, bulan lepas. - Gambar fail/BERNAMA
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Homecoming PETRONAS cungkil bakat badminton di Sibu
PETRONAS berharap dapat memberi inspirasi kepada pemain muda untuk mencapai potensi mereka dan mungkin menjadi pemain negeri atau kebangsaan yang dikenali di seluruh dunia.
Muhammad Haikal idam tembusi kelompok 20 terbaik dunia
Muhammad Haikal berkata pencapaian menghuni 30 terbaik dunia bulan lepas melonjak semangatnya untuk memburu lebih banyak gelaran.
Rexy nasihat Hon Jian-Muhammad Haikal usah 'besar kepala'
Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM) Rexy Mainaky mengingatkan beregu lelaki negara, Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri agar tidak 'besar kepala'.
'Patatimo Boys' harap pengorbanan raya tuai emas Sukan SEA
Dalam semangat untuk memburu pingat emas, mereka tetap mengakui terasa sedih kerana tidak dapat beraya bersama keluarga tercinta.
COVID-19 halang gandingan "Patatimo" beraksi di final Masters Orleans Perancis
Harapan beregu muda lelaki negara, Wan Arif Wan Junaidi-Muhammad Haikal Nazri untuk merangkul kejuaraan sulung mereka di Kejohanan Masters Orleans di Perancis punah.