awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026: Pendidikan instrumen penyetara kemajuan inklusif - PM
MAS bakal umum pengganti Anderson pada bulan Mac - Andy
Penggunaan, penjimatan Pas My50 boleh diketahui menerusi penjejak - Loke
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muhammad Irfan raih gangsa di Gumi

Bernama
Bernama
30/05/2025
14:43 MYT
Muhammad Irfan raih gangsa di Gumi
Muhammad Irfan melakukan lemparan sejauh 58.82 meter (m) untuk menamatkan saingan di tempat ketiga. - Facebook Olahraga Malaysia / Malaysia Athletics
KUALA LUMPUR: Atlet kebangsaan Muhammad Irfan Shamsuddin melakar kejayaan membanggakan apabila memenangi pingat gangsa dalam acara lempar cakera lelaki pada Kejohanan Olahraga Asia 2025 di Gumi, Korea Selatan hari ini.
Muhammad Irfan melakukan lemparan sejauh 58.82 meter (m) untuk menamatkan saingan di tempat ketiga, di belakang atlet China Abuduaini Tuergong yang memenangi emas dengan catatan 63.47m, manakala perak menjadi milik wakil Jepun Masateru Yugami (60.38m).
"Alhamdulillah, pingat gangsa berjaya diraih oleh Muhammad Irfan dalam acara lempar cakera. Irfan tiga terbaik di Asia!," menurut kenyataan di Facebook rasmi Olahraga Malaysia.
Sementara itu, dalam acara akhir lontar peluru wanita, seorang lagi atlet kebangsaan Nani Sahirah Maryata menamatkan saingan di tempat kesembilan daripada sepuluh peserta dengan catatan terbaik 15.06m.
China mendominasi acara itu menerusi Ma Yue yang merangkul emas dengan lontaran sejauh 18.26m, diikuti Song Jiayuan (17.78m) yang memenangi perak, manakala gangsa menjadi milik wakil Taiwan Ching Yuan Chiang dengan 17.42m.
Kejohanan yang bermula pada Selasa lepas dijadual melabuhkan tirainya esok.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Muhammad Irfan Shamsuddin
#lempar cakera
#pingat gangsa
#Kejohanan Olahraga Asia
#Gumi
#Korea Selatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan