awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wabak norovirus tangguh aksi pembukaan hoki ais wanita Finland
Lakaran kaki Michelangelo dijual RM90 Juta, lebih 10 kali anggaran asal
Lebih 200 premis makanan terima pengiktirafan BeSS, 72 premis diarah tutup di Kelantan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muhammad Nur Aiman pertahan gelaran Raja Bukit LTdL

Bernama
Bernama
18/10/2022
11:38 MYT
Muhammad Nur Aiman pertahan gelaran Raja Bukit LTdL
Muhamad Nur Aiman Mohd Zariff dinobatkan sebagai Pemegang Jeri Merah (Jersi Raja Bukit) sempena perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) Malaysia 2022 selepas tamat kelapan-lapan peringkat hari ini. - Foto BERNAMA
LANGKAWI: Pelumba Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) Muhammad Nur Aiman Mohd Zariff membuktikan beliau berada di kelas tersendiri selepas mempertahankan gelaran Raja Bukit pada perlumbaan terakhir Le Tour de Langkawi (LTdL) 2022.
Pada perlumbaan sejauh 115.9 kilometer (km) mengelilingi Pekan Kuah itu, pelumba berusia 25 tahun itu meraih gelaran Raja Bukit selepas mengungguli tujuh daripada lapan peringkat LTdL edisi kali ini dengan mengumpul 29 mata secara keseluruhan.
Pelumba Terengganu itu memegang jersi merah sejak peringkat kedua perlumbaan dari Kuala Klawang, Negeri Sembilan ke Raub, Pahang, sekali gus mengulangi pencapaian pada edisi 2020 bersama Team Sapura Cycling (TSC).
"Syukur alhamdulillah saya dapat kekal jersi ini buat kali kedua berturut-turut dan mempertahankannya sejak di peringkat kedua sampai terakhir, di mana ketika itu pelbagai halangan perlu ditempuh.
"Ini satu sejarah pelumba Malaysia berjaya meraih jersi merah dua kali berturut-turut tatkala saingan kali ini sangat bermakna dengan kehadiran enam pasukan Jelajah Dunia tapi saya masih boleh buat sesuatu di laman sendiri," katanya kepada pemberita.
Muhammad Nur Aiman merupakan pelumba Malaysia pertama bergelar Raja Bukit sejak penganjuran kali pertama LTdL pada 1996.
Terdahulu, TSG memenangi jersi putih (Pelumba Terbaik Asia) menerusi Jambaljamts Sainbayar, selain dinobatkan sebagai pasukan Terbaik Asia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Muhammad Nur Aiman Mohd Zariff
#Raja Bukit LTdL
#Le Tour de Langkawi
#perlumbaan berbasikal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan