awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan Program Agro MADANI cecah RM13.25 juta dalam tempoh 25 hari
Ribut petir, hujan lebat di enam negeri hingga 7 malam ini
Op Samseng Jalanan, 157 penunggang motosikal ditahan di Dungun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muhammad Safawi bakal timang cahaya mata, kekal di JDT

Bernama
Bernama
15/06/2023
06:25 MYT
Muhammad Safawi bakal timang cahaya mata, kekal di JDT
Gaya meraikan jaringan Muhammad Safawi itu, dilakukan kebanyakan pemain di seluruh dunia sebagai simbolik penghormatan kepada isteri masing-masing yang sedang mengandung. - Fail/FB FAM
KUALA NERUS: Pemain sayap skuad kebangsaan Muhammad Safawi Rasid mendedahkan, beliau dan isterinya yang juga pelakon Syifa Melvin bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi.
Pendedahan tersebut sekali gus menjawab persoalan yang timbul, susulan gaya meraikan gol dengan memasukkan bola ke dalam baju dilakukan pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) itu, selepas menjaringkan gol ketiga dalam kemenangan 4-1 Malaysia ke atas Kepulauan Solomon di sini, semalam.
Gaya meraikan jaringan Muhammad Safawi itu, dilakukan kebanyakan pemain di seluruh dunia sebagai simbolik penghormatan kepada isteri masing-masing yang sedang mengandung, selain mahu berkongsi berita gembira bersama peminat.
"Ya, (Syifa) mengandung. Gol itu hadiah kepada isteri saya, doakan kami semoga semuanya selamat. Sudah nak masuk enam bulan (kandungan)," katanya ketika ditemui selepas aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 menentang Kepulauan Solomon di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini.
Sebagai rekod, Muhammad Safawi dan Syifa mendirikan rumah tangga November tahun lepas.
Pada aksi menentang Kepulauan Solomon, Muhammad Safawi dimasukkan sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua, sebelum membuktikan ketajaman yang dimiliki menerusi jaringan pada minit ke-77 yang juga gol pertamanya di pentas antarabangsa, selepas setahun.
Kali terakhir pemain berusia 26 tahun itu menjaringkan gol dalam jersi skuad Harimau Malaya ialah ketika Malaysia membenam Bangladesh 4-1, pada pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2023 di Kuala Lumpur Jun tahun lepas.
"Saya gembira sebab kali terakhir saya menjaringkan gol ketika lawan Bangladesh...saya (juga) gembira dapat gol di sini kerana saya jarang dapat peluang beraksi di sini," kata anak jati Dungun, Terengganu itu.
Dalam pada itu, Muhammad Safawi mengesahkan beliau akan terus kekal di JDT musim ini selepas tempoh pinjaman ke kelab Thailand Ratchaburi FC, berakhir baru-baru ini.
Beliau yang pernah dipinjamkan ke kelab Portugal, Portimonense SC pada 2021 berkelana ke Thailand sejak Disember lepas, dan berjaya menjaringkan satu gol dalam keseluruhan 16 penampilan.
Malaysia selepas ini dijadual bertemu Papua New Guinea dalam satu lagi aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di sini, Selasa depan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Syifa Melvin
#Muhammad Safawi Rasid
#JDT
#timang cahaya mata
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan