awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Antonio Jose Seguro dipilih sebagai Presiden Portugal
Kebakaran rumah pangsapuri di Bangi Avenue, mercun ditemui di seluruh unit
Pintu kereta dibuka budak 2 tahun punca nahas enam kenderaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muhammad Safawi mahu 'gegar' China lagi

Bernama
Bernama
04/09/2023
10:29 MYT
Muhammad Safawi mahu 'gegar' China lagi
Safawi mahu bantu Malaysia kekalkan rentak kemenangan pada dua aksi antarabangsa Tier 1 berdepan Syria dan China, di Chengdu, China bulan ini. - Gambar fail/Bernama
SEPANG: Pemain sayap skuad kebangsaan Muhammad Safawi Rasid mahu sekali lagi 'menggegar' negara 'Tembok Besar' dalam membantu Malaysia mengekalkan rentak kemenangan pada dua aksi antarabangsa Tier 1 berdepan Syria dan China, di Chengdu, China bulan ini.
Pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) itu, yang menjaringkan dua gol dalam dua aksi persahabatan terakhir skuad Harimau Malaya berkata akan menampilkan persembahan terbaik sekiranya mendapat kepercayaan pengendali Kim Pan Gon.
"Kalau diberi peluang untuk bermain saya akan buat terbaik, dengan pasukan ketika ini kami mempunyai peluang yang cerah untuk menang," katanya ketika ditemui sebelum berlepas ke Chengdu, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 di sini hari ini.
Biarpun berkeyakinan, pemain berusia 26 tahun itu berkata skuad kebangsaan masih perlu menghormati Syria dan China yang merupakan pasukan 100 terbaik dunia selain dibarisi pemain yang beraksi di Eropah.
Sebelum ini, Muhammad Safawi mempamer permainan yang baik di bumi China apabila menghasilkan dua gol bersama skuad Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan yang mara hingga ke suku akhir saingan Piala Asia B-23 2018.
Beliau juga pernah meledak gol ketika JDT tewas 1-2 di tangan Shandong Luneng pada aksi Kumpulan E saingan Liga Juara-Juara Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2019 dan jaringan itu memenangi Anugerah Gol Terbaik Sedekad Liga Juara-Juara AFC setahun kemudian.
Skuad Harimau Malaya yang berada di ranking ke-136 dunia akan bertemu Syria (ke-94), Rabu ini dan menentang China (ke-80) tiga hari kemudian dengan venue perlawanan belum dimuktamadkan.
Dua aksi persahabatan itu penting bagi pasukan negara dalam persediaan menghadapi Kelayakan Piala Dunia 2026 bermula November ini dan Piala Asia 2023 di Qatar, Januari depan selepas mencatat empat kemenangan berturut-turut dalam jendela perlawanan antarabangsa Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) terdahulu.
Malaysia mengatasi Turkmenistan 1-0 dan Hong Kong 2-0 masing-masing di Johor pada Mac lepas, sebelum menewaskan Kepulauan Solomon 4-1 dan Papua New Guinea 10-0 masing-masing di Terengganu, pada Jun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Muhammad Safawi Rasid
#harimau Malaya
#aksi perlawanan antarabangsa
#China
#chengdu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan