KUALA LUMPUR: Pemain sayap kanan negara, Muhammad Safawi Rasid mahu membalas kepercayaan yang diberi ketua jurulatih Kim Pan Gon, selepas dipanggil memperkuatkan skuad Harimau Malaya bagi menghadapi cabaran Piala Asia 2023 di Doha, Qatar bulan depan.
Pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) yang dilaporkan bakal dipinjamkan ke Terengganu FC musim depan itu, mengakui tidak menjangka khidmatnya masih ditagih pengendali dari Korea Selatan tersebut berikutan kekurangan minit permainan bersama skuad Harimau Selatan tahun ini.
Di sebalik kekurangan minit permainan, Pemain Paling Bernilai (MVP) Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2018 dan 2019 itu, berkata beliau sentiasa berusaha mengekalkan tahap kecergasan dengan memberikan 100 peratus komitmen dalam setiap sesi latihan yang diadakan.
"Saya tak jangka (dipilih) sebab tahun ini saya kurang bermain dan baru balik dari Thailand (Ratchaburi FC), namun setiap hari saya berikan 100 peratus dalam latihan di kelab dan skuad kebangsaan.
"Jadi, saya percaya kepada barisan kejurulatihan terutama Kim Pan Gon (kerana dia) tahu nak gunakan pemain yang diambil. Kami di sini hanya perlu bekerja keras dan memberikan segalanya dalam latihan," katanya yang ditemui baru-baru ini.
Selain memberikan tumpuan penuh dalam sesi latihan, Muhammad Safawi berkata beliau turut melakukan latihan tambahan dan mengekalkan disiplin pemakanan serta menjaga waktu tidur.
Mengulas lanjut, penjaring terbanyak bagi Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2020 itu, berkata Piala Asia merupakan medan permulaan dalam usahanya mencapai prestasi terbaik sekali gus memperbaiki reputasi yang disifatkan merundum oleh peminat sukan bola sepak tanah air.
"Walaupun kurang bermain, ini peluang terbaik saya beraksi di pentas tertinggi sebab lima tahun lepas main untuk Piala Asia Bawah 23 Tahun (B-23) dan sekarang dapat peluang bersama skuad senior pula. Saya akan gunakan (kesempatan) ini sebaik mungkin kalau diberi peluang (beraksi).
"Apa yang penting dalam hati semua (pemain) nak bermain sebagai satu pasukan, tak kisah siapa yang (menjaringkan) gol atau siapa yang tak main, janji kita dapatkan keputusan positif untuk layak ke pusingan 16 terbaik," katanya.
Bersama pasukan kebangsaan tahun ini, Muhammad Safawi membuat lima penampilan daripada keseluruhan 10 perlawanan dengan menjaringkan tiga gol, masing-masing satu gol menentang Kepulauan Solomon dan dua gol bertemu Papua New Guinea pada Jun lepas.
Sementara bersama JDT, Muhammad Safawi membuat dua penampilan dalam saingan Liga Super selepas kembali menyertai pasukan daripada tempoh pinjaman di Ratchaburi pada April lepas, menurut https://www.transfermarkt.com.
Malaysia yang menamatkan penantian 42 tahun layak secara merit ke Piala Asia, akan memulakan saingan Kumpulan E menentang Jordan pada 15 Jan ini, Bahrain (20 Jan) dan bertemu juara dua kali Korea Selatan pada aksi terakhir 25 Jan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 30 2023
Muhammad Safawi pada sesi latihan bagi persediaan menjelang Kejohanan Bola Sepak Piala Asia Qatar 2024 di Wisma FAM, Petaling Jaya, 29 Dis 2023. - Gambar fail/Bernama
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Brendan tak gentar perang psikologi Krygyzstan
Brendan Gan tidak gentar untuk berdepan Kyrgyzstan pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis ini.
Makmal forensik hidupan liar kebangsaan jadi pusat kecemerlangan lindungi harimau Malaya
MyTFF juga bersetuju untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewujudkan Pangkalan Operasi Hadapan di Tapak Kem Zabri, Daerah Hulu Perak.
Tiada keperluan pindahkan Orang Asli terkesan ancaman harimau - Mohd Amar
Tiada keperluan setakat ini untuk memindahkan Orang Asli di Gua Musang yang terkesan dengan ancaman harimau belang sejak Disember lepas.
Kerajaan cadang pasang kolar penjejak pada Harimau Malaya
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bercadang untuk memasang kolar penjejak pada kira-kira 150 ekor Harimau Malaya di seluruh negara untuk memudahkan urusan menjejaki haiwan mamalia itu.
Perhilitan laksana program pembiakan Harimau Malaya elak pupus
Perhilitan akan melaksanakan program pembiakan Harimau Malaya pada tahun ini, dalam usaha meningkatkan populasi spesies terancam itu.
Kajian pemikir muda demi alam, antaranya elak kepupusan ungka, harimau Malaya
Kajian mereka diramal mampu membantu Malaysia dan kerana itu, mereka terpilih sebagai penerima Geran Anugerah Merdeka untuk tahun 2021.
'Ngauman' penyanyi Malaysia untuk harimau Malaya
Konsert yang bakal diadakan pada 30 Ogos ini menandakan kemuncak kempen selama sebulan bertema 'Save the Malayan Tiger'.
Gosok gigi harimau? Ini jawapan penjaga harimau Malaya Zoo Negara
Namun, di sebalik personaliti ganas yang digeruni ramai, gelagat comel harimau Malaya mampu 'mencairkan hati' ramai pencinta haiwan.
Zoo Negara ambil langkah pastikan haiwannya tidak dijangkiti COVID-19
Zoo Negara mengambil langkah-langkah proaktif bagi memastikan lebih 300 spesies haiwan di lokasi itu tidak dijangkiti wabak COVID-19.
Harimau Malaya di New York positif COVID-19
Menurut ketua veterinari Zoo Bronx, Paul Calle, kes Nadia adalah unik kerana ia jatuh sakit selepas terdedah kepada seorang kakitangan yang positif, namun tidak menunjukkan simptom.